Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Perindustrian Kendal bukti cemerlang contoh kerjasama ekonomi rapat S'pura-Indonesia

May 20, 2022 | 05:30 AM



TAMAN Perindustrian Kendal merupakan bukti cemerlang dan contoh baik kerjasama ekonomi yang rapat antara Singapura dengan Indonesia, kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Taman itu, tambah beliau, telah meraih pencapaian dalam jangka masa yang singkat.



Sejak penyewa pertama hadir sekitar 2018, dunia berhadapan dengan banyak ketidaktentuan sedang wabak Covid-19 melanda.



Di sebalik semua cabaran yang dialami, Taman Perindustrian Kendal telah menarik 74 penyewa dengan jumlah keseluruhan pelaburan mencapai AS$1.7 bilion ($2.4 bilion).



Pelabur bukan sahaja dari Indonesia, tapi juga luar negara - Asean, Asia Tenggara, termasuk Singapura, Timur Laut Asia dan Eropah.



"Lebih penting lagi semua pelaburan ini ada di sini, menghasilkan pekerjaan bagi penduduk setempat Kendal.



"Malah ia dijangka menghasilkan lebih daripada 12,000 pekerjaan baru untuk masyarakat setempat.



"Daripada apa yang saya faham tadi semasa taklimat, saluran pelaburan baru terus kukuh.



"Terdapat banyak minat daripada para pelabur untuk ke mari, bermakna masyarakat Kendal boleh jangkakan lebih banyak pekerjaan dihasilkan pada masa akan datang," kata Encik Wong.



Encik Wong berkata demikian semasa lawatannya ke Taman Perindustrian Kendal semalam.



Menurut Encik Wong, sebahagian daripada kejayaan ini adalah kerana tumpuan terhadap latihan kemahiran dan pemadanan pekerjaan oleh Kementerian Industri, dan pemerintah Wilayah Kendal serta Taman Perindustrian Kendal.



"Maka mereka bukan sekadar menarik pelabur, malah amat tertumpu kepada latihan dan melengkapi orang ramai dengan kemahiran relevan agar mereka boleh mulakan tugas dengan cepat," katanya lagi.



Usaha ini, ujarnya lagi, akan mengukuhkan keyakinan pelabur, kerana apabila pelabur hadir, mereka perlukan pekerja tapi apabila mereka sedar bahawa terdapat tumpuan terhadap kemahiran, latihan dan pemadanan pekerjaan oleh pemerintah wilayah, pelabur akan lebih yakin untuk melabur di Kendal.



Taman Perindustrian Kendal, merupakan projek bersama antara kededua negara yang dirasmikan pada November 2016 oleh Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, dan Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >