Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Taman Semula Jadi Rifle Range berwajah baru

Nov 13, 2022 | 08:30 AM



DAHULU sebuah kawasan kampung dengan kuari yang terbiar, Taman Semula Jadi Rifle Range kini berwajah baru dan telah dibuka kepada awam semalam.



Terletak di bahagian selatan Hutan Simpanan Bukit Timah, taman semula jadi seluas 66 hektar itu merupakan yang kelapan dalam Rangkaian Taman Semula Jadi Tengah, iaitu sekumpulan taman semula jadi yang mengelilingi hutan simpanan Tadahan Tengah dan Bukit Timah.



Taman itu asalnya tapak lama bagi Kampung Bukit Timah dan Kuari Sin Seng yang ditutup pada 1998.



Ia menampilkan lebih tujuh kilometer denai dan laluan pejalan kaki yang mengajak pengunjung masuk hutan dan menyaksikan sungai kecil semula jadi, dan titik pandangan setinggi 31 meter yang terletak di atas tanah basah kuari.



Taman itu mudah diakses melalui jambatan atas dari Beauty World Centre di Bukit Timah Road.



Dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pagi semalam, Taman Semula Jadi Rifle Range juga adalah taman semula jadi tenaga positif bersih pertama di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >