Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2023

Tambahan $3,000 bagi hadiah tunai Bonus Bayi

Akaun Pembangunan Anak (CDA) akan dipertingkat menerusi Geran Langkah Pertama (FSG) dan had pemadanan simpanan
Feb 15, 2023 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan meningkatkan hadiah tunai Bonus Bayi (BBCG) sebanyak $3,000 bagi bayi warga Singapura yang layak yang dilahirkan pada atau selepas 14 Februari 2023.



Demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, semasa Belanjawan 2023.



Tempoh pembayaran yang lebih panjang juga akan diperkenal untuk menyediakan sokongan kewangan secara tetap setiap enam bulan sehingga anak tersebut berumur enam setengah tahun.



Ibu bapa yang layak akan menerima pembayaran sehingga $9,000 dalam 18 bulan pertama kehidupan anak mereka serta $400 setiap enam bulan bermula daripada anak mereka berusia dua tahun sehingga enam setengah tahun.



Sebelum ini, BBCG diagihkan dalam lima ansuran sehingga bayi berusia 18 bulan.



"Dengan cara ini, ibu bapa boleh menerima sokongan berterusan sehingga anak mereka memasuki sekolah rendah," kata Encik Wong.



Dengan penambahan BBCG, anak pertama dan kedua kini boleh menerima sehingga $11,000 sementara anak ketiga dan seterusnya boleh menerima sehingga $13,000.



Penambahan kepada BBCG itu akan mula diagihkan pada awal 2024.



Ini kerana masa diperlukan untuk melaksanakan perubahan pada perundangan, sistem pembayaran dan teknologi maklumat (IT).



Selain itu, Encik Wong berkata, pemerintah akan mempertingkatkan Akaun Pembangunan Anak (CDA) dengan meningkatkan Geran Langkah Pertama (FSG) dan had pemadanan simpanan bagi warga Singapura yang layak yang lahir pada atau selepas 14 Februari 2023.



FSG akan dinaikkan sebanyak $2,000 bagi setiap kanak-kanak ke $5,000 daripada $3,000 sebelum ini.



Sementara itu, had pemadanan simpanan bagi anak pertama dan kedua akan dinaikkan sebanyak $1,000.



Anak pertama kini boleh menerima sehingga $4,000 dan anak kedua sehingga $7,000 dalam pemadanan simpanan.



Perubahan kepada CDA akan bermula awal 2024.



Ibu bapa akan dimaklumkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) apabila FSG CDA yang dipertingkatkan dibayar.



Sebagai sebahagian daripada pakej langkah baru ini, ibu bapa kepada bayi yang lahir antara 1 Oktober 2022 hingga 13 Februari 2023 juga akan menerima sokongan kewangan tambahan dalam bentuk Geran Sokongan Bayi (BSG) sebanyak $3,000.



BSG adalah bayaran sekali bagi kanak-kanak Singapura yang layak yang dilahirkan antara 1 Oktober 2020 hingga 30 September 2022 semasa pandemik Covid-19, namun Encik Wong berkata pemerintah akan lanjutkan tempoh geran tersebut untuk merangkumi bayi yang lahir dari 1 Oktober 2022 hingga 13 Februari 2023.



Pelepasan Cukai bagi Ibu yang Bekerja (WMCR) yang bertujuan menggalak wanita terus bekerja setelah mempunyai anak, juga akan diubah.



Sebelum ini, WMCR adalah berdasarkan peratusan daripada pendapatan yang diperolehi ibu yang layak.



Namun, bagi bayi warga Singapura atau anak yang diambil angkat pada atau selepas 1 Januari 2024, WMCR akan berdasarkan pelepasan nilai tetap.



Ini akan dikuatkuasa bermula Tahun Penilaian 2025.



Dengan perubahan ini, ibu yang bekerja yang layak boleh membuat tuntutan pelepasan cukai boleh menerima pelepasan sama tidak kira pendapatan mereka.



Pelepasan cukai sebanyak $8,000 bagi anak pertama, $10,000 bagi anak kedua dan $12,000 bagi anak ketiga dan seterusnya boleh dituntut.



"Ini akan memberikan lebih banyak sokongan pemerintah bagi ibu bekerja berpendapatan rendah hingga sederhana yang layak," ujar Encik Wong.



Beliau turut mengumumkan bahawa Pelepasan Cukai Levi Pekerja Rumah Asing (FDWLR) akan dimansuhkan bagi semua pembayar cukai bermula Tahun Penilaian 2025.



Pun begitu, levi konsesi pekerja rumah asing sebanyak $60 sebulan masih dikekalkan.



Levi konsesi itu memberi manfaat kepada keluarga yang memerlukan bantuan penjagaan, termasuk mereka yang tidak membayar cukai pendapatan.



Dengan pelbagai bantuan dan sokongan yang ada, Encik Wong berkata:



"Bagi semua pasangan yang sudah berkahwin, sama ada anda sudah mempunyai bayi yang baru lahir, bakal menimang cahaya mata atau merancang mempunyai bayi, kami ada sesuatu untuk membantu anda dalam perjalanan keibubapaan anda."




Bantuan bagi pasangan muda yang punyai anak



  • Tambahan $3,000 bagi hadiah tunai Bonus Bayi.

  • Peningkatan sumbangan ke Akaun Pembangunan Kanak-kanak (CDA).

  • Peningkatan had pemadanan simpanan CDA.

  • Tambahan cuti bapa kepada empat minggu.

  • WMCR akan berdasarkan pelepasan nilai tetap.

Pelepasan cukai sebanyak $8,000 bagi anak pertama, $10,000 bagi anak kedua dan $12,000 bagi anak ketiga dan seterusnya boleh dituntut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >