Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tambang teksi dijangka naik seawal Mac

Jan 29, 2022 | 05:30 AM



SETELAH tambang bas dan kereta api naik baru-baru ini, tambang teksi pula dijangka naik seawal Mac.



Syarikat ComfortDelGro, yang menguasai 60 peratus daripada sekitar 15,000 teksi di Republik ini, telah memberi isyarat kepada pihak berkuasa untuk mengubah tambang permulaan dan tambang mengikut jaraknya, lapor The Straits Times.



Buat masa ini, tambang permulaan kebanyakannya $3.70 bagi teksi diesel dan $3.90 untuk teksi hibrid petrol-elektrik.



Bagi setiap 400 meter selepas itu hingga 10 kilometer, meter naik 22 sen. Melebihi 10 kilometer, tambang jarak naik 22 sen setiap 350 meter.



Pada penyesuaian terakhirnya pada 2011, ComfortDelGro menaikkan tambang permulaan bagi kebanyakan teksi sebanyak 20 sen dan tambang jarak sebanyak dua sen setiap 400 meter, atau setiap 350 meter (selepas 10 kilometer).



Penyesuaian yang dirancang dijangka naik pada kadar sama.



Syarikat teksi lain - Trans-Cab, SMRT, Premier dan Prime - juga dijangka menyesuaikan tambang mereka seperti ComfortDelGro, yang menjadi peneraju pasaran.



Seorang pengurus syarikat lebih kecil berkata: "Kami sedang menunggu untuk melihat apa yang dilakukan Comfort. Kos masih meningkat. Dan rebat sewa $5 daripada pemerintah akan berakhir tidak lama lagi.



"Pemandu akan menghadapi masa lebih sukar."



Beliau merujuk kepada Dana Bantuan Pemandu Covid-19, yang dilanjutkan baru-baru ini.



Pada Disember, pemandu teksi dan kereta sewa privet menerima bayaran $10 setiap kenderaan sehari dan bayaran $5 setiap kenderaan sehari bulan ini.



Bantuan di bawah dana itu mungkin dilanjutkan, lapor ST, sedang kegiatan ekonomi dan sosial belum kembali ke tahap prapandemik.



Perubahan tambang yang dirancang itu juga dikatakan sebagai respons kepada kenaikan harga minyak.



Harga pam minyak meningkat berterusan sejak pertengahan 2020, apabila permintaan produk minyak meningkat seiring dengan ekonomi dunia yang mula pulih daripada pandemik Covid-19.



Sejak itu, petrol 95 oktana, yang paling popular, telah meningkat 50 sen seliter.



Pengguna pengangkutan awam membayar tambang kad lebih tinggi sejak 26 Disember lalu.



Tambang kad bagi pengangkutan awam bas dan kereta api naik 1 hingga 4 sen bagi setiap perjalanan.



Pemegang kad dewasa perlu membayar lagi 3 sen bagi perjalanan hingga 14.2 kilometer dan tambahan 4 sen bagi perjalanan melebihi jarak itu.



Bagi pemegang kad konsesi, yang termasuk pelajar, warga emas, individu kurang upaya dan mereka yang menerima konsesi pengangkutan Skim Daya Kerja, kenaikan tambang dihadkan kepada 1 sen.



Untuk membantu penduduk mengatasi kenaikan tambang itu, sejumlah rekod 600,000 baucar pengangkutan awam (PTV) disediakan, dengan lebih ramai layak mendapatnya setelah kriteria kelayakannya dilonggarkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >