Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Tambang teksi, kereta sewa privet naik ekoran kurang pemandu: Iswaran

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



TAMBANG teksi dan kereta sewa privet meningkat sedang pengguna di sini menyaksikan kesukaran mendapatkan khidmat itu kerana bilangan pemandu aktif yang berkurangan tidak berupaya memenuhi permintaan tinggi.



Bilangan pemandu teksi dan kereta sewa privet turun 18 peratus sejak Januari 2020, kepada sekitar 57,000 orang sehingga Jun lalu.



Pada masa yang sama, permintaan bagi perkhidmatan itu naik mendadak selepas kebanyakan sekatan Covid-19 dilonggarkan pada Mac dan April lalu, kata Menteri Pengangkutan Encik S. Iswaran di Parlimen kelmarin.



Bilangan perjalanan harian teksi dan kereta sewa swasta naik 30,000 Jun tahun ini berbanding Februari yang terdapat purata 550,000 perjalanan setiap hari.



Singapura ditimpa isu permintaan tinggi berserta bekalan berkurangan itu sejak kebelakangan ini, dengan perangkaan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menunjukkan bilangan perjalanan seharian teksi dan kereta sewa privet berada antara 530,000 dengan 596,000 perjalanan antara Ogos tahun lalu dengan April tahun ini.



Menjawab pertanyaan Encik Saktiandi Supaat (GRC Bishan-Toa Payoh), Encik Iswaran berkata, pemandu teksi dan kereta sewa privet telah meninggalkan sektor itu ekoran permintaan pengangkutan dari tempat ke tempat (P2P) yang lebih rendah semasa pandemik.



Ini berlaku meskipun selepas pemerintah memperuntuk lebih $530 juta bagi menyokong pekerja dalam sektor itu memandangkan bilangan pelancong telah merosot dan sekatan pergerakan serta had perhimpunan secara berkumpulan berkuat kuasa akibat Covid-19.



Apabila sempadan antarabangsa dibuka semula dan lebih ramai pekerja pulang ke tempat kerja awal tahun ini, permintaan pengangkutan P2P naik mendadak.



"Sama seperti sektor lain, sektor P2P memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kenaikan permintaan tinggi selepas larangan Covid-19 dilonggarkan," kata Encik Iswaran, sambil menambah terdapat tanda perubahan dalam pasaran menyusuli isu itu.



Tanpa mendedahkan sebarang perangkaan, beliau berkata permohonan bagi lesen vokasional telah naik baru-baru ini dengan beberapa pemandu yang meninggalkan sektor itu kembali semula secara beransur kerana permintaan semakin meningkat.



Ini akan menambah bekalan pemandu dalam beberapa bulan mendatang, katanya.



Menurut LTA, sehingga April lalu, seramai 94,576 individu memegang lesen teksi yang sah manakala 48,364 orang memiliki lesen memandu kereta sewa privet yang sah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >