Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tan Kiat How, Eric Chua, dan Rahayu Mahzam dinaikkan pangkat

Jun 07, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, akan dinaikkan pangkat kepada Menteri Negara Kanan di kedua-dua kementerian tersebut sebagai sebahagian rombakan Kabinet dan pelantikan yang diumumkan semalam.



Encik Tan, 45 tahun, adalah antara empat pemegang jawatan politik yang dinaikkan pangkat dalam pengumuman rombakan Kabinet dan pelantikan lain yang dibuat Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, itu.



Perubahan tersebut akan berkuat kuasa mulai Isnin depan.



Tiga individu lain yang dinaikkan pangkat ialah Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, dan Setiausaha Parlimen, Encik Eric Chua dan Cik Rahayu Mahzam.



Encik Wong akan menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Kewangan.



Encik Chua dan Cik Rahayu pula dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Parlimen Kanan.



Encik Tan, yang merupakan Anggota Parlimen (AP) GRC East Coast yang mewakili kawasan Kampong Chai Chee, memasuki dunia politik selepas pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) lima anggota yang bertanding di kawasan undi East Coast itu memenangi pilihan raya umum 2020.



Menyusuli itu, beliau dilantik Menteri Negara di Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Julai 2020.



Pada Mei tahun lalu, beliau dilantik Menteri Negara bagi Perhubungan dan Penerangan sementara meneruskan tugasnya di MND dan melepaskan jawatannya di PMO.



Sebelum menyertai politik, Encik Tan berkhidmat selama hampir 20 tahun dalam perkhidmatan awam.



Antara tugas yang digalas beliau ialah untuk memulakan Pejabat Generasi Perintis - kini dikenali sebagai Pejabat Generasi Warga Emas - di mana sekitar 3,000 sukarelawan mendekati hampir 500,000 warga emas dalam tempoh dua tahun.



Dengan latar belakang beliau sebagai jurutera komputer dan minat dalam teknologi, Encik Tan membantu membangunkan rangka tindak Negara Bijak 2015 dan mendorong pelaksanaan prasarana gentian di rumah di seluruh negara.



Encik Tan kemudian memikul peranan kepimpinan di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) dan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), di mana beliau membentuk pelan induk keselamatan siber negara dan memperjuangkan ekonomi dan masyarakat yang lebih digital.



Sementara itu, Encik Chua, yang dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Parlimen Kanan, akan meneruskan tugasnya di Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



Encik Chua dipilih menjadi AP selepas pasukan PAP lima anggota yang bertanding di GRC Tanjong Pagar menang dalam pilihan raya umum 2020.



Sebelum ini, beliau berkhidmat dalam Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) selama 17 tahun.



Cik Rahayu, yang juga dinaikkan pangkat kepada Setiausaha Parlimen Kanan, pula akan menggalas pelantikan baru di Kementerian Undang-Undang (Minlaw) dan juga akan meneruskan tugasnya di Kementerian Kesihatan (MOH).



Beliau, yang merupakan AP GRC Jurong, bagaimanapun akan melepaskan pelantikannya di MCI.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >