Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tanah runtuh Clementi: Saluran dicipta di Terusan Ulu Pandan untuk elak banjir

Sep 03, 2022 | 02:25 PM



SATU saluran telah dicipta semalaman di bahagian tebing tanah yang menggelongsor ke dalam terusan Ulu Pandan dalam usaha untuk mengelakkan banjir selepas insiden tanah runtuh di tapak pembinaan Bina Ikut Tempahan (BTO) Clementi NorthArc pagi semalam.



Menteri Negara Kanan (Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, menghantar video kemas kini di media sosial beliau pagi tadi dan menyatakan bahawa kerja-kerja untuk mengurangkan risiko banjir sedang berterusan.



Dalam video tersebut, air dapat dilihat mengalir melalui saluran tersebut.

Cik Sim, yang juga Anggota Parlimen di kawasan itu, melawat tapak itu pagi tadi untuk memerhatikan kerja-kerja yang sedang dijalankan dan mengucapkan terima kasih kepada pekerja-pekerja, jurutera dan pegawai-pegawai agensi kerana bekerja lewat malam.



Kejadian tanah runtuh itu menjejas sebahagian tapak Clementi NorthArc di Clementi Avenue 6 di mana sebuah sebuah tembok, yang dapat menahan tanah atau air, sedang dibina sebagai persiapan untuk membina gelanggang bola keranjang dan pavilion di kawasan itu pada masa akan datang.



Pihak berkuasa telah mengarahkan kerja di bahagian tapak itu dihentikan sehingga diberitahu kelak.



Projek BTO itu dilancarkan pada Februari 2017 dengan anggaran tarikh siap pada pertengahan tahun ini.



Menurut Lembaga Taman Negara (NParks) semalam, kedua-dua tebing Sungei Pandan, dari Commonwealth Avenue West (dekat Ghim Moh Road) ke Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) akan ditutup bagi membolehkan kerja baik pulih dijalankan hingga maklumat lanjut.



Seorang pejalan kaki mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu dan telah dirawat di lokasi.



Beliau kini sedang menjalani pemulihan di rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >