Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tangani jurang pencapaian dengan terus menyokong pelajar kurang bernasib baik

Jul 12, 2018 | 05:30 AM



CARA merapatkan jurang pencapaian di sekolah adalah dengan menyokong pelajar kurang bernasib baik untuk meningkatkan prestasi mereka dan tidak membataskan pencapaian pelajar cemerlang, kata Menteri Pendidikan Ong Ye Kung.



Sejajar dengan pendekatan itu, Singapura harus terus memperluas takrifan meritokrasi untuk mengiktiraf pelbagai bakat dan kemahiran.



"Saya ingin menekankan tiada percanggahan antara meritokrasi dengan keadilan, mahupun antara mengurangkan ketidaksamaan dengan meningkatkan standard kita secara kolektif.



"Kita tidak harus mengehadkan pencapaian di peringkat tinggi, tetapi terus berusaha menyokong di peringkat bawah," ujar Encik Ong.



Beliau berkata demikian di Parlimen semalam sebagai memberi respons kepada usulan mengenai 'Pendidikan bagi Masa Depan' yang difailkan beberapa Anggota Parlimen Dilantik (NMP).



Antara isu berkaitan pendidikan yang ditimbulkan sebilangan NMP dan Anggota Parlimen (AP) termasuk isu jurang pencapaian pelajar daripada latar belakang berbeza, tuisyen berlebihan serta tekanan peperiksaan.



Memberi responsnya, Encik Ong berkata Singapura tidak harus melarang tuisyen semata-mata, meniadakan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), mahupun melaksanakan kuota di sekolah terbaik.



"Kita tidak boleh mengubah hakikat bahawa permulaan setiap kanak-kanak adalah berbeza tetapi sistem kita boleh memastikan semua kanak-kanak itu boleh bersaing dengan baik," ujarnya.



Oleh itu, Kementerian Pendidikan (MOE) terus menyalurkan sumber bagi memastikan semua pelajar di pelbagai sekolah boleh memenuhi potensi mereka.



Malah, pelajar aliran Normal (Teknikal) dan pelajar sekolah khusus seperti Sekolah Northlight mendapat lebih sumber berbanding pelajar lain, jika dilihat dari segi jumlah perbelanjaan bagi setiap pelajar.



Selain itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) kini mendekati pelajar daripada pelbagai sekolah, dan memberi lebih perhatian kepada pelajar daripada keluarga bergaji rendah, dalam proses memberi biasiswa pemerintah.



Usulan semalam difailkan lima NMP - Penolong Profesor Mahdev Mohan, Cik Kuik Shiao-Yin, Encik Ganesh Rajaram, Encik Kok Heng Leun, dan Encik Azmoon Ahmad.



Memulakan perbahasan semalam, Penolong Profesor Mohan berkata usulan yang difailkan itu bertujuan membentangkan saranan bagi memperhalusi pendidikan di Singapura untuk menjadikannya lebih inklusif, mudah diperolehi, dan memberi penekanan kepada pembelajaran sepanjang hayat bagi memenuhi keperluan masa depan.



Beberapa AP lain tampil menyertai perbahasan mengenai isu itu, dengan ramai yang memberi ucapan yang menyentuh hati.



Mengulas topik mengenai sistem pendidikan inklusif, Cik Rahayu Mahzam (GRC Jurong) mengongsi pengalamannya membesarkan anak berkeperluan khas, manakala NMP Cik Chia Yong Yong, yang mempunyai penyakit urat saraf dan otak, sebak mengenangkan guru dan rakan di sekolah dahulu yang tidak melayannya sebagai satu 'beban' atau 'rendah kedudukan daripada orang lain'.



Ucapan Cik Chia itu mengundang respons beremosi daripada Menteri Kedua Pendidikan, Cik Indranee Rajah, yang berkata keistimewaan Cik Chia itu bahkan telah memperkaya perbincangan di Parlimen.



Lapran lain: Faishal: Pelajar Melayu tunjuk kemajuan dalam pendidikan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >