Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tapak di Changi akan dibangun jadi taman kontena makanan

Apr 13, 2023 | 05:30 AM



SEBUAH tapak berhampiran Lapangan Terbang Changi yang pernah menempatkan artileri berat semasa Perang Dunia Kedua sedang dibangunkan menjadi salah satu taman kontena makanan dan minuman terbesar di Singapura.



Projek bernilai $3 juta oleh Tee Tree Investments di 30 Cosford Road itu dijangka siap akhir tahun ini.



Taman Kontena Cosford akan menjangkau lebih 38,000 kaki persegi dan menyediakan 13 unit kontena untuk disewa oleh pengendali makanan dan minuman (F&B).



Akan ada tempat duduk dalam ruang dalaman dan luar yang mampu menampung sekitar 340 orang dan pentas persembahan di ruang luar dilengkapi dengan skrin digital besar.



Selain tawaran gourmet, tetamu boleh menikmati pemandangan landasan pendaratan Lapangan Terbang Changi, muzik secara langsung, pesta harian, siaran sukan dan banyak lagi.



Pengarah Tee Tree Investments, Encik Ant Tee, berkata: "Taman Kontena Cosford akan menjadi ruang meriah yang bertujuan untuk menyuntik nafas segar di kawasan kejiranan sekitarnya.



"Kami bercita-cita untuk mencipta ruang yang melampaui sekadar makanan, dengan ruang gaya hidup dan sentuhan pengalaman seni dan hiburan yang mengasyikkan dengan suasana festival."



Sebelum ini, tapak tersebut menempatkan 555 Villa Thai, sebuah restoran yang terkenal untuk hidangan mookata, minuman dan muzik secara langsung.



Tetapi tapak itu mempunyai keturunan sejarah yang jauh lebih mendalam.



Ia adalah sebahagian daripada bateri artileri utama rangkaian pertahanan pantai tentera British yang dibina pada tahun 1930-an, menempatkan tiga meriam sepanjang 15 inci yang diletakkan untuk menghentikan serangan musuh di laut.



Apabila Jepun menyerang dari Semenanjung Melayu pada tahun 1942, dua meriam daripada artileri tersebut dipusingkan dan dilepaskan ke arah darat buat kali pertama.



Lokasi itu telah ditandakan sebagai tapak bersejarah oleh Lembaga Warisan Negara (NHB).



Tee Tree Investments juga akan membangunkan semula tapak Johore Battery, sambil mengekalkan sejarah, artifak sejarah dan replikanya.



Tapak itu, yang bersebelahan dengan Taman Kontena Cosford di 27 Cosford Road, baru-baru ini dipajak melalui tender.



Rancangan untuk 27 Cosford Road masih dibangunkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >