Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tapak sementara bagi ujian Covid-19 wajib bagi penjaja Blok 116 Bukit Merah View

Jun 15, 2021 | 05:30 AM



UJIAN Covid-19 wajib bermula pada 10 pagi semalam bagi sekitar 85 penjaja di Blok 116 Bukit Merah View.



Sebuah tapak sementara telah dibentuk di Blok 125A bagi menjalankan ujian itu.



Ini setelah Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa satu kelompok jangkitan Covid-19 berlaku di Pasar dan Pusat Makanan 115 Bukit Merah View kelmarin.



Kesemua 182 gerai di pasar dan pusat makanan itu ditutup dari kelmarin hingga hari ini bagi kerja pembersihan.



Pekerja dan penyewa yang bekerja di pasar itu dari 25 Mei telah dikuarantin dan akan diswab semasa kuarantin.



MOH juga menyatakan semua pekerja dan penyewa yang bekerja di 116 Bukit Merah View dari 25 Mei akan juga diuji bagi Covid-19 demi memastikan tidak ada jangkitan dalam masyarakat yang tidak dikesan.



Ujian percuma juga ditawarkan bagi penduduk dan orang awam yang mengunjungi Pasar dan Pusat Makanan 115 Bukit Merah View atau kedai di 116 Bukit Merah View antara 25 Mei dengan 12 Jun.



Namun, ujian percuma itu tidak dijalankan di Blok 125A. Mereka boleh mengunjungi klinik atau poliklinik Bukit Merah dan beberapa pusat ujian lain.



Anggota Parlimen GRC Tanjong Pagar, Cik Joan Pereira, berkata: "Ramai penduduk telah memberitahu dan mengongsi bersama saya harapan mereka agar ujian swab ini dapat dijalankan berdekatan dengan rumah mereka, supaya mereka tidak perlu pergi ke tempat lebih jauh."



Beliau telah memohon kepada MOH agar tapak sementara itu boleh juga menjalankan ujian swab bagi penduduk.



"Ini memudahkan bagi mereka jika MOH setuju dengan permohonan tersebut. Saya rasa ramai penduduk di sini akan menghargainya," kata beliau.



Encik Wang Da Feng, 70 tahun, pergi ke tapak sementara ujian itu semalam bersama isterinya, 71 tahun, namun permohonan mereka berdua ditolak.



Pesara yang tinggal di Telok Blangah Crescent itu menyatakan mereka khuatir jika mereka dijangkiti virus Covid-19 kerana mereka mengunjungi pasar dan pusat penjaja itu setiap hari.



"Kami berdua tidak rasa sihat dan isteri saya telah mula batuk semalam. Oleh itu, kami ingin menjalani ujian swab," katanya apabila ditemui The Straits Times (ST) semalam.



"Perjalanan kami ke sini sia-sia, tetapi tidak mengapa, kami akan kembali esok," tambahnya.



Seorang penduduk Bukit Merah yang ingin dikenali hanya sebagai Cik Lim, 60 tahun, berkata beliau mengunjungi pasar itu Ahad lalu sekitar 20 minit.



"Saya tidak berasa khuatir kerana saya sihat dan tidak mengalami apa-apa simptom. Namun jika dapat menjalani ujian swab, ia akan memberi lebih keyakinan mengenainya kerana harus mengunjungi klien dalam pekerjaan saya," kata akauntan itu.



Cik Pereira juga memberitahu ST ada penduduk sering mengunjungi pasar dan pusat penjaja di 115, justeru berasa bimbang kerana kelompok baru telah disahkan di tempat itu.



"Ini lebih membimbangkan kerana ramai warga tua tinggal di kawasan ini dan anak-anak mereka juga menulis kepada saya kerana khuatir.



"Saya telah menasihati mereka semua agar memantau kesihatan mereka dengan teliti dan jika tidak rasa sihat, segera berjumpa doktor dan kurangkan interaksi secara fizikal," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >