Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarif elektrik lebih rendah untuk 3 bulan sehingga Jun ini

Apr 01, 2020 | 01:30 PM



PENDUDUK Singapura bakal menikmati bil elektrik lebih rendah bagi tiga bulan bermula April ini setelah SP Group  mengumumkan langkah mengurangkan tarif elektrik sebanyak 5.1 peratus.


Pengurangan tarif akan bermula hari ini hingga 30 Jun ini.


Setiap rumah akan menikmati pengurangan tarif dari 24.24 sen kepada 23.02 sen bagi setiap kilowatt jam, kata SP Group menerusi kenyataan media semalam.


Keluarga yang tinggal di flat empat bilik dijangka menikmati purata bil bulanan lebih rendah sebanyak $3.89


Langkah ini menurut syarikat penyedia khidmat bekalan elektrik itu sejajar dengan Belanjawan Daya Tahan yang dibentangkan Pemerintah baru-baru ini, bertujuan menolong perniagaan dan menangani kos.


"SP Group akan memainkan peranannya dalam menangguhkan peningkatan kos rangkaiannya dalam membekalkan elektrik menerusi grid tenaga untuk setahun," katanya.


SP Group menyemak tarif elektrik berdasarkan panduan yang ditetapkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), pengawal perusahaan elektrik di sini.


City Gas dalam pada itu berkata, tarif gas untuk isi rumah akan turun sebanyak 0.7 peratus atau 0.12 sen bagi setiap kilowatt jam antara 1 April hingga 30 Jun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >