Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tarikh kenaikan cukai belum diputuskan: Indranee Rajah

Nov 26, 2017 | 04:02 PM



PEMERINTAH  belum memutuskan  tarikh kenaikan cukai yang akan dilaksana,  kata Menteri  Negara Kanan (Kewangan)   Indranee Rajah.



Dalam menentukan bila  kenaikan itu sepatutnya dilaksana,  Pemerintah  akan mengambil kira faktor  seperti mengetepikan masa yang cukup untuk orang ramai menyerap berita tersebut, dan memastikan orang miskin dan  memerlukan “mempunyai cukup penampan” terhadap kesannya, kata beliau   dalam satu temu bual bersama  akhbar The Sunday Times.



“Kami masih memikirkan tentang ‘bila’nya,”  kata beliau.



Komen Indranee datang selepas spekulasi mengenai  masa bagi kenaikan cukai itu setelah  Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata  Ahad lalu bahawa dengan perbelanjaan infrastruktur dan  sosial dijangka   bertambah, ia bukan  soal apakah cukai akan dinaikkan,  tetapi bila.



Cik  Indranee, yang juga Menteri Negara Kanan Undang-Undang, enggan menyatakan perkara-perkara tertentu tentang langkah tersebut.



Tetapi beliau  menegaskan  kedua-duanya, PM Lee dan Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam, telah   mengatakan bahawa Pemerintah  mempunyai pendapatan yang cukup untuk tempoh   sekarang, atau hingga hujung dekad ini.

Kementerian Kewangan juga berkata pada 2015 bahawa “tidak ada asas” untuk mendakwa bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan meningkat selepas pilihan raya umum tahun itu.



PM Lee    menolak bayangan   bahawa pilihan raya adalah faktor dalam menentukan kenaikan cukai apabila beliau berkata pada 2015: “Menaikkan,  menyesuaikan cukai adalah  keputusan  sangat besar. Anda menimbangkannya  dengan teliti, anda membincangkannya dengan teliti dan anda melakukannya hanya apabila anda benar-benar perlu melakukannya.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >