Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tatakelakuan ‘beli sekarang, bayar kemudian’ tetapkan amalan terbaik bagi lindungi pengguna S’pura

Oct 20, 2022 | 07:04 PM



SATU tatakelakuan yang menggariskan amalan terbaik bagi penyedia skim ‘beli sekarang, bayar kemudian’ (BNPL) diperkenalkan pada Khamis (10 Okt) berikutan perbincangan selama tujuh bulan dalam kalangan pemain industri.


Kod itu dimulakan berikutan kebimbangan bahawa pilihan pembayaran itu boleh menimbulkan masalah hutang kepada orang ramai memandangkan BNPL membenarkan pengguna menangguhkan pembayaran ke atas barangan atau perkhidmatan tanpa perlu membayar kadar faedah.


Pembeli sama ada membayar balik harga belian secara sekali gus atau dalam tiga hingga empat ansuran yang sama, biasanya dalam tempoh dua hingga tiga bulan.


Oleh kerana pengguna boleh meminjam secara ‘percuma’ buat tempoh singkat dan kerana pembelian mereka dibahagikan kepada pembayaran balik yang boleh diurus, terdapat kebimbangan orang ramai akan berbelanja secara berlebihan dan akhirnya berhutang.


Kebimbangan itu telah membawa kepada kod BNPL, yang dibangunkan Persatuan FinTech Singapura (SFA) dan pemain industri termasuk Atome, Grab Financial Group dan Shopback, dengan bimbingan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).


Antara tatalaku kod itu adalah menetapkan bahawa penyedia BNPL tidak akan membenarkan pelanggan mengumpul lebih $2,000 dalam pembayaran tertunggak pada bila-bila masa.


Mereka juga akan menggantung akses pelanggan kepada perkhidmatan mereka jika kewajipan pembayaran tidak dipenuhi.


Penyedia BNPL juga akan membataskan yuran pada tahap maksimum dan akan memberi butiran jelas semua caj tersebut kepada pengguna dan tidak menghukum pelanggan yang ingin membayar balik pembelian sepenuhnya lebih awal.


Jika pelanggan menghadapi masalah kewangan, penyedia BNPL akan menimbangkan untuk mengetepi atau menangguh yuran dan caj.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >