TAUFIK Batisah dinobatkan sebagai penerima royalti tertinggi bagi lagu bergenre pop Melayu, #awakkatmane.
Bercakap kepada Berita Harian semalam atas kemenangannya, Taufik, 35 tahun, berkata lagu itu sebenarnya menggambarkan "peralihan" beliau daripada wadah konvensional kepada media sosial. Sebab itu tajuknya disertakan dengan tanda hashtag (#).