KEPUTUSAN GCE 'O'
Tekad pelajar Northbrooks untuk berjaya
Jan 14, 2020 | 05:30 AM
PADA 2016, Amirul Mikhail Wijaya terpaksa menarik diri dari Sekolah Sukan Singapura akibat kecederaan yang menimpa kakinya.
Walau kecewa, beliau tidak bersedih terlalu lama dan berpindah ke Sekolah Menengah Northbrooks untuk meneruskan pengajiannya.