Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tekad tingkat diri dan imbangi keperluan keluarga

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



SEMEMANGNYA mendatangkan kepuasan apabila pesakit di bawah jagaan Cik Sri Marni Moonshi Nasiruddin kembali pulih atau sekurang-kurangnya sudah boleh berdikari dalam menjaga diri mereka sendiri.



Namun sukar bagi seorang wanita yang berkerjaya yang juga merupakan seorang ibu seperti dirinya untuk meningkatkan kemahiran atau bersekolah secara sambilan.



Cik Marni memulakan pengajian Sarjana Sains dalam Gerontologi Gunaan di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) bulan lalu dan dijangka menamatkannya pada Ogos 2023.



Semasa pengajiannya itu, Cik Marni memutuskan untuk tidak bekerja dahulu.



"Sukar bagi diri saya untuk membahagikan fokus jika saya belajar, bekerja serta menjadi ibu dan isteri dalam pada masa yang sama.



"Ia merupakan satu situasi yang sangat berat yang saya tidak boleh bayangkan, lebih lagi dengan tiga orang anak lelaki yang sedang membesar," kata ibu yang mempunyai tiga orang anak antara usia dua hingga lapan tahun itu.



Cik Marni merupakan antara 121 individu yang menerima Anugerah Pembangunan Tenaga Manusia Penjagaan Masyarakat (CCMDA) semalam.



"Saya mempunyai majikan yang sangat memahami dan amat prihatin selain teman sekerja saya yang sudah lama kerjasama secara sepasukan," tambahnya lagi yang akan kembali bekerja setelah tamat pengajian dan memegang jawatan sebagai Jurupulih Kanan Pekerjaan di Hospital Masyarakat Jurong pada 2023 nanti.



Cik Marni turut berkata antara pesakit yang dirujuk pada beliau yang meninggalkan kesan untuknya meningkatkan kemahiran dalam bidang pekerjaan.



"Seorang pesakit yang dirujuk pada saya merupakan pesakit strok, beliau berusia 28 tahun dan sedang mengandung dengan usia kandungan pada ketika itu berusia 5 bulan.



"Matlamat pesakit itu adalah untuk berdikari dan berkemampuan untuk menjaga anaknya sendiri selepas melahirkan.



"Sesi terapinya amat mencabar kerana beliau tidak boleh selaraskan pergerakannya termasuk kepalanya.



"Jadi ia memerlukan pakar fisioterapi, jururawat, doktor selain saya. Selepas beliau melahirkan anaknya melalui pembedahan, terapinya semakin mencabar kerana bukan sahaja pesakit perlu untuk belajar cara menjaga bayi yang baru lahir, malah belajar cara bagaimana menjaga dirinya juga. Selain itu suami dan kededua ibu bapa juga ikut sesi terapi" kata Cik Marni.



Cik Marni menambah mengapa dirinya kekal dalam industri yang sama dan tidak 'menukar angin'.



"Pandemik Covid-19 sememangnya satu fasa yang mencabar setiap individu ke tahap maksima, tapi saya rasa Kementerian Kesihatan (MOH) bergerak ke arah yang sepatutnya dan saya percaya pada sistem penjagaan Singapura.



"Saya juga tidak mahu membebankan kakitangan lain dan ramai pesakit yang memerlukan kami sekarang, jadi kenapa harus diabaikan?"




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >