SEORANG teknisyen berusia 50 tahun, yang mempunyai hubungan tegang dengan isterinya, mula mengambil kesempatan secara seksual ke atas anak perempuannya sejak berusia 13 tahun.
Remaja itu telah memberitahu abangnya tentang sentuhan bapa mereka yang tidak sesuai.
Tetapi abangnya yang lima tahun lebih tua, hanya memberitahu remaja perempuan itu untuk menentang jika bapa mereka melakukannya lagi.
Lelaki itu menjadi semakin berani, dan tidak lama selepas remaja itu berusia 14 tahun, dia merogolnya dua kali.
Pada Rabu (26 Februari), lelaki itu, seorang penduduk tetap dari China, dijatuhi hukuman penjara 24 tahun selepas dia mengaku bersalah atas dua tuduhan merogol. Dia tidak boleh dirotan disebabkan umurnya.
Lapan lagi tuduhan mencabul telah diambil kira.
Pihak yang terlibat tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti mangsa yang kini berusia 16 tahun.