Seorang teknisyen lif berusia 30 tahun meninggal dunia pada Sabtu (27 Feb) selepas terperangkap dalam lubang (shaft) lif di sebuah bangunan di North Bridge Road semasa menjalankan kerja pembaikan.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis memberitahu akhbar The Straits Times bahawa mereka dimaklumkan tentang kejadian di 452 North Bridge Road, iaitu alamat Bangunan Chan Brothers, pada sekitar 11.30 pagi.
Teknisyen itu didapati terperangkap dalam jurang sempit di antara gerabak lif yang berada di antara tingkat dua dua dengan tiga bangunan itu, dengan struktur sokongan besi lif tersebut.
Usaha menarik keluar teknisyen itu mengambil masa enam jam, dalam apa yang disifatkan SCDF sebagai satu operasi sangat rumit.
Siasatan polis di atas kematian tidak semula jadi itu masih berjalan.