Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teknisyen pesawat dera pembantu rumah, dihukum penjara empat bulan

Jan 23, 2020 | 03:02 PM



SEORANG teknisyen pesawat telah mendera pembantu rumah Indonesia dan menyerangnya selepas majlis pertemuan Hari Raya pada Jun 2018.



Dalam satu lagi kejadian dua bulan selepas itu, Yusni Yunos, yang berkhidmat untuk SIA Engineering Company, menggunakan tangan kanannya untuk menarik telinga kiri Cik Nenti Rusnianti, 27 tahun, sebanyak dua kali.



Ini selepas Cik Nenti gagal memberitahunya bahawa beliau tidur petang itu. 



Bimbang akan keselamatan mereka, Cik Nenti dan seorang lagi pembantu rumah Indonesia, Cik Rani Nurhayati, 29 tahun, memanjat keluar dari tingkat dua flat majikannya sekitar 2 pagi pada 27 Ogos 2018 dan menaiki teksi ke agensi pembantu rumah Cik Rani untuk meminta bantuan.



Pihak polis diberitahu mengenai penderaan tersebut sekitar satu petang hari itu.



Yusni, 46 tahun, bapa kepada tiga anak dihukum penjara empat bulan pada Khamis (23 Jan) selepas mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan menyerang.



Enam tuduhan lain dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.



Dia juga diminta membayar $1,500 kepada Cik Nenti sebagai wang pampasan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >