Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teknologi ngecam muka, CCTV bolehkan banduan tidak ditemani pegawai akses beberapa kawasan

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



TEKNOLOGI pengecaman wajah dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menyeluruh di sekitar Kompleks Selarang Park membenarkan banduannya tidak perlu ditemani oleh pegawai penjara untuk mengakses beberapa kawasan di dalamnya.



Bahkan, mereka hanya harus mengimbas tag pergelangan tangan dan muka mereka di lawang putar yang terletak di antara dua kemudahan kompleks itu sebelum mereka dibenarkan masuk.



Langkah ini adalah sebahagian daripada strategi 'Penjara Tanpa Pegawal' Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dalam mendakap teknologi bagi meningkatkan kecekapan operasinya dan membenarkan pegawai penjara fokus kepada pemulihan banduan.



Kompleks Selarang Park, yang dibuka secara rasmi semalam, merupakan kemudahan pertama SPS untuk memanfaatkan teknologi pengecaman wajah, kata SPS dalam kenyataan semalam.



Kompleks itu mula beroperasi sepenuhnya sejak September tahun lalu.



Ia menempatkan beberapa kemudahan termasuk Pusat Pemulihan Dadah (DRC), Pusat Pelepasan Kerja, Pusat Pengawasan Masyarakat Selarang Park (SPCSC), Prison Link Centre, Pusat Kuarantin Selarang Park dan Rumah Tumpangan Selarang (SHWH) di bawah satu bumbung.



Kompleks Selarang Park dilengkapi dengan liputan CCTV yang menyeluruh dan menggunakan kamera pintar dan analitik video canggih untuk membantu pegawai penjara mengesan tingkah laku tidak teratur banduan seperti pergaduhan, dan memberi respons kepada kejadian dengan pantas.



Kamera CCTV itu juga boleh mengesan wajah banduan dan mengenal pasti identiti mereka dengan pangkalan data SPS.



SPS berkata ini membolehkan pemeriksaan dilaksanakan dari jarak jauh, dan melengkapkan pemeriksaan pengumpulan banduan secara fizikal.



Pegawai Unit Perumahan di Institusi S1 Kompleks Selarang Park, Pegawai Pemulihan (RO 2) Nor Yusdzaidie Bagio berkata:



"Sebelum ini, kami secara fizikal harus ke sel penjara untuk memeriksa dan mengenal pasti banduan dan kejadian yang berlaku di dalam sel.



"Dengan adanya pemantauan CCTV, ia sangat membantu. Kami boleh mengesan dan melihat secara menyeluruh apa yang berlaku dalam sel dan menumpukan masa kami kepada pemulihan banduan."



Selain itu, banduan di Kompleks Selarang Park juga dapat menjalani program pembetulan berasaskan psikologi dan latihan kemahiran, serta menerima sokongan keluarga dan khidmat agama.



Regim pemulihan dadah yang dipertingkat ini bertujuan menyediakan lebih bantuan kepada pesalah dan mengurangkan risiko mereka mengulangi kesalahan.



Superintenden di Institusi S1 Kompleks Selarang Park, Supt 1A Terence Ong berkata:



"Pesalah menghadapi cabaran mengintegrasi semula, seperti mengekalkan pekerjaan dan menjauhkan diri dari rakan antisosial. Pesalah yang terdorong untuk berubah akan meraih banyak manfaat dari program pemulihan yang ditawarkan kepada mereka.



"SPS akan terus bekerjasama dengan rakan masyarakat seperti rumah tumpangan, relawan dan majikan untuk menyediakan sokongan dan penyeliaan berstruktur untuk mengelak mereka daripada mengulangi kesalahan."- ZULAIQAH ABDUL RAHIM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >