Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teksi, kereta sewa privet boleh ambil lebih dua penumpang mulai Isnin: LTA

Jun 11, 2021 | 09:06 PM



HAD dua penumpang dalam teksi dan kereta sewa privet ditarik balik mulai Isnin (14 Jun) sejajar dengan sekatan yang dikemas kini Singapura mengenai saiz kumpulan yang dibenarkan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Jumaat (11 Jun). 



Khidmat berkongsi kereta komersial juga boleh disambung semula, tambah LTA dalam kenyataannya.



Bagaimanapun, LTA berpesan semua pemandu mesti menggunakan pelitup setiap masa.



"Pemandu teksi dan kereta sewa privet harus menolak penumpang yang tidak menggunakan pelitup," katanya.



Khidmat kongsi kereta berbayar dipadankan menerusi platform e-panggilan berlesen seperti GrabHitch dan RydePool, yang boleh disambung semula mulai Isnin.



Bagaimanapun perjalanan kongsi kereta berbayar yang ditempah menerusi platform tidak rasmi seperti kumpulan Telegram kekal diharamkan.



Perjalanan kongsi kereta yang tidak melibatkan bayaran seperti antara keluarga, teman dan rakan sekerja, dibenarkan, bergantung pada saiz kumpulan lima orang, kata LTA.



Pengumuman ini dibuat sehari selepas pasukan bertindak berbilang kementerian mengenai Covid-19 mengumumkan sekatan perhimpunan sosial akan dilonggarkan dalam dua fasa mulai Isnin.



Antara lain, orang ramai juga dibenarkan berhimpun hingga lima orang walaupun premis makan dan minum hanya akan membuka pintu buat pelanggan makan di situ mulai 21 Jun.



Perubahan ini dibuat hasil menurunnya bilangan harian kes Covid-19 baru yang dilaporkan sejak langkah diperketat pada 16 Mei.



Khidmat kongsi kereta sudah dihentikan dalam tempoh kewaspadaan dipertingkat antara 16 Mei dengan 13 Jun. Teksi dan kereta sewa privet juga tidak dibenarkan mengambil lebih daripada dua penumpang dalam tempoh itu kecuali mereka daripada anggota isi rumah yang sama.



LTA berkata pada Jumaat, pemandu teksi dan kereta sewa privet serta penumpang sangat digalakkan membawa token TraceTogether atau memuatturunkan aplikasi TraceTogether mereka dalam telefon bijak bagi memudahkan usaha menjejak kontak.



"Pengesanan awal kontak rapat dengan kes Covid-19 yang disahkan akan membantu melindungi pemandu, penumpang dan orang tersayang serta mengelakkan daripada penularan lanjut virus ini dalam masyarakat," tambah LTA.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >