Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Telko baru tawar potongan bil bulanan jika rujuk rakan

Dec 09, 2017 | 03:43 PM



TELKO maya (virtual) baru bakal menawarkan khidmat telefon mudah alih bulan ini, berbekal usulan aneh bagi pelanggan - mengenakan caj bulanan lebih tinggi berbanding pesaing yang boleh dikurangkan jika pelanggan merujuk pelanggan baru kepadanya.



Zero Mobile, syarikat yang berpangkalan di Australia, akan menawarkan 6GB data mudah alih dengan harga $45 sebulan, dalam pakej yang memuatkan panggilan setempat dan SMS tanpa had.



Kadar ini sekitar 60 peratus lebih tinggi berbanding kadar yang ada di sini buat masa ini, kata akhbar The Straits Times dalam laporannya.



Namun, pelanggan boleh menerima kredit $9 sebulan bagi setiap pelanggan baru yang dirujuk ke khidmat itu - dihadkan kepada lima rujukan bagi setiap pelanggan.



Ini bermakna, pelanggan yang merujuk lima pelanggan baru kepada Zero Mobile boleh menikmati langganan khidmat telefon mudah alih percuma.



Zero Mobile juga mengenakan caj ‘yuran penyertaan’ $50 bagi pelanggan baru - sesuatu amalan yang tidak dikenakan oleh telko lain di sini.



Zero Mobile, yang dimulakan tahun lalu, telah memilih Singapura sebagai negara pertama untuk melancarkan khidmatnya.



Ia adalah telko maya kedua untuk menyertai pasaran Singapura, mengekori langkah Circles.Life.



Telko maya tidak membina rangkaian perhubungan telefon fizikal, tetapi menyewa rangkaian ini secara menyeluruh daripada telko lain. Rakan niaga Zero Mobile adalah Singtel, sementera M1 bekerjasama dengan Circles.Life.



Circles.Life juga mempunyai program rujukan, tetapi ia memberi ganjaran dalam bentuk data mudah alih dan bukan kredit bil. Ia mengenakan caj $28 sebulan bagi pelan serupa.



Bercakap kepada ST, ketua pegawai operasi Zero Mobile Daniel Waters berkata:



“Kami membentuk perniagaan kami supaya pendapatan yang diraih langsung daripada pelanggan bukan sumber pendapatan utama kami,” ujar Encik Waters.



Beliau tidak memberi perincian lanjut tentang strategi perniagaan ini, tetapi Encik Waters menambah bahawa Zero App - bagi memulakan khidmat, menerima bil dan menguruskan pelan langganan - akan menawarkan produk dari rakan niaga yang belum dikenal pasti, termasuk dalam fesyen, elektronik, permainan  video dan pelancongan.



Syarikat itu juga berkata pelanggan boleh meraih diskaun bagi bil mereka jika menggunakan pasar maya yang terkandung dalam Zero App.



Encik Waters berkata strategi syarikatnya ini bukan strategi pemasaran berbilang peringkat atau multi-level marketing kerana ia aadalah kempen jangka pendek untuk tiga bulan, dan bukan strategi perniagaan jangka panjang.



Difahami, Zero Mobile akan mengadakan acara promosi lain untuk membantu pelanggan mengurangkan bil selepas tiga bulan pertama.



Buat masa ini, pelanggan boleh memohon untuk khidmat Zero Mobile di dalam talian sehingga 15 Disember.



Zero Mobile akan memulakan khidmatnya sekitar Christmas kepaa pangkalan pelanggan yang dihadkan kepada 5,000 orang.



Ia akan mengumumkan berapa banyak tempat untuk pelanggan akan ditawarkan  secara bulanan, bermula Januari 2018.



Memberi keterangan tentang had jumlah pelanggan, Encik Waters berkata pihaknya perlu memastikan pendapatan yang diraih daripada wadah lain seimbang dengan keupayaan mereka memberikan khidmat bermutu kepada pelanggan.



“Keutamaan kami ialah daya tahanan kami,” kata Encik Waters yang berkata Zero Mobile tidak bertujuan memulakan ‘perang harga’ tetapi inin mengasingkan syarikat mereka dengan menawarkan pelanggan cara yang mudah dan pantas untuk mengaktifkan dan menguruskan pelan khidmat telefon mudah alih mereka.



Buat masa ini, Zero Mobile tidak menawarkan khidmat panggilan antarabangsa. Ia menggajikan empat pekerja di  Singapura, tetapi bercadang menggajikan lagi 20 dalam tempoh enam minggu mendatang untuk mengisi jawatan di bahagian pembangunan sofwe, urusan harian, pemasaran dan penjualan.



Buat masa ini, ia menggajikan 20 pekerja di Australia, 14 bulan selepas syarikat itu dimulakan



Zero Mobile menerima lesen untuk beroperasi di sini dari Penguasa Pembangunan Infokom Media (iMDA) pada September lalu.



Syarikat penyedia khidmat jalur lebar fiber MyRepublic, yang juga menerima lesen mengendalikan telko maya dari iMDA, dijangka menawarkan khidmatnya awal tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >