Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Telur ayam dari Indonesia sumber baru dan ke-18 dilulus Singapura

Apr 03, 2023 | 06:44 PM



SINGAPURA telah meluluskan Indonesia sebagai sumber negara baru bagi mengimport telur.



Mengumumkan hal ini, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata ini adalah kemajuan dalam usaha mempelbagai bekalan telur negara ini.



Perkembangan terkini itu bermakna kini jumlah negara dan rantau yang ditauliahkan untuk mengeksport telur ayam ke Singapura ialah 18, bertambah daripada 12 pada 2019.



Cik Fu berkata Indonesia diluluskan selepas Singapura menambah Brunei ke dalam senarai sumber negara pengimport telur ke sini.



“Ini satu lagi langkah ke depan dalam usaha kita mempelbagai bekalan telur Singapura. Ini apatah lagi, seperti yang kita tahu, tindakan bijak ialah tidak meletak semua telur anda dalam satu bakul!



“Sedang kita terus memperkukuh keselamatan makanan kita, kita juga menerima bahawa tiada negara akan terkecuali daripada ketidaktentuan dalam bekalan makanan global,” kata beliau.



Cik Fu memberi contoh cabaran kekurangan telur di serata dunia adalah disebabkan penularan demam selsema burung, isu rantai bekalan dan kos makanan ternakan serta bahan pembakar yang meningkat.



“Justeru, saya menggalak warga Singapura supaya berhati-hati dan tahu tentang gangguan yang mungkin berlaku dan bersikap fleksibel dengan pilihan bahan dan makanan di samping mudah menyesuaikan diri dengan sumber makanan baru,” ujarnya da



lam satu catatan Facebook.



Memberi peringatan serupa, Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata walaupun dengan pertambahan negara sumber itu, masyarakat masih boleh terus menjangka bekalan turun naik disebabkan pelbagai faktor, seperti penularan penyakit dan gangguan bekalan.



“Sementara kami terus mentauliahkan lebih banyak sumber import, kami menggalak industri makanan mempelbagai sumber dan import dari pelbagai sumber, lantas mengambil langkah untuk menyumbang kepada daya ketahanan makanan Singapura dengan melaksana Pelan Kesinambungan Singapura,” ujar SFA dalam satu catatan Facebook.



Ia menambah bahawa sebagai pengguna, orang ramai juga boleh memainkan peranan dengan bersikap fleksibel mengenai pilihan makanan sekiranya berlaku gangguan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >