Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempah baju sambil bercuti di Bandung

May 13, 2018 | 05:30 AM



Disebabkan mahu kelainan dan lebih selesa memakai baju yang ditempah mengikut ukuran badan, tiga keluarga ini mendapatkan khidmat menjahit baju di luar negara. NURMAYA ALIAS (nurmayaa@sph.com.sg) dan NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) melaporkan.



SUDAH dua tahun berturut-turut Cik Marsheila Rohaizad, 32 tahun, menempah baju Hari Raya Aidilfitri di Bandung.



Harga tempahan baju yang lebih rendah serta tersedia khidmat menempah baju dalam tempoh 24 jam merupakan antara sebab beliau membuat persiapan awal dengan menempah baju sebelum bulan puasa.



Bagi membuat persiapan awal Lebaran tahun ini, Cik Marsheila pergi Bandung pada November tahun lalu bersama suami, anak sulung, ibu kandung serta ibu dan bapa mentuanya.



Namun, selain bertujuan menempah baju Raya, Cik Marsheila, suri rumah, dan suaminya, Encik Muhammad Nin Sauwi Raub, 35 tahun, seorang teknisyen, juga mengambil kesempatan menyambut ulang tahun perkahwinan dan hari jadi anak sulung mereka yang mencecah usia setahun, di sana.



Lantas, mereka meluangkan masa selama seminggu di Bandung.



Tatkala itu, Cik Marsheila juga sedang mengandungkan anak keduanya yang baru dilahirkan pada 25 April lalu.



Menurutnya, mereka mengunjungi D'Fashion Textile & Tailor, sebuah gedung lima tingkat yang menjual aneka jenis kain.



Beliau mendapat tahu tentang tempat itu menerusi sepupunya.



"Kali pertama kami ke gedung D'Fashion, kami dapatkan khidmat tukang jahit di kedai itu. Tetapi, disebabkan kami kurang pasti memilih fabrik yang sesuai, hasil baju yang kami tempah kurang memuaskan.



"Buat kali kedua ini, kami berkenalan dengan seorang tukang jahit yang secara kebetulan memberikan kad namanya di luar gedung D'Fashion.



"Tukang jahit ini banyak membimbing kami dan menasihatkan jenis fabrik yang sesuai dengan gaya baju pilihan kami. Oleh itu, kami puas hati dengan baju yang sudah ditempah," singkap Cik Marsheila.



Beliau menambah bahawa beliau dan suaminya membuat keputusan memperagakan baju gaya 'pant suit' iaitu sepasang baju dan seluar buat sambutan Hari Raya tahun ini, memandangkan ia lebih selesa untuk bergerak dengan kededua cahaya mata kecil mereka.



Secara keseluruhan, Cik Marsheila membelanjakan sekitar $1,000 bagi kos kain dan tempahan buat sembilan pasang baju - ini termasuk baju buat suami dan anak sulungnya.



Ibu kandung dan ibu bapa mentuanya turut menempah baju di Bandung buat sambutan Lebaran.



Beliau menganggap sangat berbaloi berbelanja penginapan hotel dan tiket penerbangan sambil menempah baju Raya di Bandung kerana keluarganya dapat bercuti di sana.



"Selain daripada itu, kami dapat memakai baju mengikut ukuran badan kami.



"Kalau saya beli baju dalam talian, saya perlu hantar baju kepada tukang jahit untuk 'alter' sebab saya pendek. Jadi, kalau kira harga penghantaran dan harga 'alter' baju, saya rasa belanjanya juga hampir sama buat seisi keluarga," kata Cik Marsheila.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >