Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan slot solat Aidilfitri di 5 masjid kerana permintaan tinggi

Apr 14, 2023 | 05:30 AM



PERMINTAAN yang dijangka tinggi di lima masjid merupakan sebab di sebalik perlunya ada tempahan awal bagi sesi solat pertama Aidilfitri, kata beberapa pengerusi masjid.



Kelima-lima masjid - Darul Ghufran di Tampines Avenue 5; Masjid Al-Mawaddah di Compassvale Bow; Masjid Sallim Mattar di Mattar Rd; Masjid Wak Tanjong di Paya Lebar Road; dan Masjid Yusof Ishak di Woodlands Drive 17 - akan memerlukan jemaah membuat tempahan awal bagi sesi solat pertama Hari Raya Aidilfitri.



Masjid-masjid itu juga akan menawarkan sesi solat berulang yang tidak memerlukan tempahan.



Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Ghufran, Encik Muhammad Faizal Abdullah, berkata pihaknya meminta agar disediakan sistem tempahan awal memandangkan permintaan tinggi dijangkakan sempena solat Hari Raya Aidilfitri nanti.



"Yang kami pentingkan adalah keselesaan dan keselamatan para jemaah.



"Sebelum pandemik kami pernah lihat jemaah yang solat sehingga di akses kenderaan kecemasan sepatutnya lalu, dan di kawasan tangga.



"Sebenarnya ini menimbulkan cabaran terutamanya jika ada kecemasan.



"Malah pernah satu ketika seorang jemaah tua pengsan dalam ruang masjid, dan para pegawai kami yang cuba membantu hadapi kesukaran untuk tiba di tempat warga senja itu. Mujur tiada masalah serius melanda.



"Apa yang kita pelajari adalah untuk memastikan akses laluan tidak terhadang pada setiap masa, terutama semasa waktu ramai jemaah," jelasnya.



Masjid Darul Ghufran boleh menampung 4,500 jemaah pada satu-satu masa. Ia akan mengadakan dua sesi solat - bermakna secara keseluruhan hampir 10,000 jemaah dijangka menghadiri solat di masjid itu pada Hari Raya ini, tambah Encik Muhammad Faizal.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Khamis berkata sejak bermula pandemik pihaknya dan masjid telah menyalurkan susunan tempahan bagi solat Jumaat, memandangkan solat berjemaah dan kegiatan lain disambung secara progresif di masjid dengan saiz jemaah yang terus bertambah.



Sistem tempahan penting namun agak rumit, memandangkan ia membantu masjid menguruskan kesesakan sedang ia berhadapan ruang terhad, dan pada masa yang sama memastikan sumber yang mencukupi bagi menangani jemaah yang ramai.



Masalah serupa turut dialami Pengerusi Eksekutif Masjid Yusoff Ishak, Encik Khalid Shukur, yang berkata langkah mengadakan sistem tempahan awal bagi sesi pertama solat Hari Raya Aidilfitri bermakna keselamatan dan keselesaan jemaah terus terjamin.



"Ini juga dapat elakkan masalah kesesakan di kawasan akses kecemasan," katanya.



Pengerusi Eksekutif Al-Mawaddah, Ustaz Firdaus Khan Jamal Khan, pula berkata beliau yakin jemaah akan dapat memahami langkah tempahan awal bagi sesi solat pertama demi memastikan keselesaan mereka sendiri.



Pendaftaran bagi ruang-ruang solat di kelima-lima masjid tersebut akan dibuka menerusi aplikasi MuslimSG dan https://prayerbooking.ourmasjid.sg pada Selasa, 18 April mulai 10 pagi.




“Yang kami pentingkan adalah keselesaan dan keselamatan para jemaah. Sebelum pandemik kami pernah lihat jemaah yang solat sehingga di akses kenderaan kecemasan sepatutnya lalu, dan di kawasan tangga. Ini timbulkan cabaran terutama jika ada kecemasan. Malah pernah satu ketika seorang jemaah tua pengsan dalam ruang masjid, dan para pegawai kami yang cuba membantu hadapi kesukaran untuk tiba di tempat warga senja itu.”
- Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Ghufran, Encik Muhammad Faizal Abdullah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >