Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan solat Jumaat dikemaskini, beberapa masjid tawar satu sesi

Aug 01, 2022 | 05:30 AM



MULAI Jumaat ini, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) akan mengemaskini aturan bagi tempahan solat Jumaat untuk memanfaatkan sepenuhnya sumber sementara mengekalkan keselesaan, kesihatan dan keselamatan jemaah.



Hasil pemantauan rapi yang dibuat Muis dan pihak masjid terhadap tempahan dan kedatangan jemaah selama tiga bulan, perubahan akan dibuat bersandarkan data yang diperolehi, jelas Muis dalam satu kenyataan serta hantaran Facebook semalam.



Data itu menunjukkan kehadiran di sesi pertama dan kedua solat Jumaat berbeza dari masjid ke masjid. Kedatangan sesi kedua di sesetengah masjid rendah, dengan sesetengahnya menunjukkan kurang 50 peratus yang hadir manakala sesetengah masjid lain pula menunjukkan kedatangan di bawah 20 peratus.



Dengan pengemaskinian yang dibuat, kebanyakan masjid akan kembali pada satu sesi solat Jumaat sahaja dengan tempahan bagi sesi pertama hanya diperlukan buat masjid dengan permintaan tinggi.



"Masjid terpilih ini akan terus mengekalkan tempahan untuk membolehkan jemaah menjalani pengalaman beribadah yang selesa, membolehkan mereka merancang dan diberi jaminan mempunyai slot solat Jumaat mereka," kata Muis.



Sebanyak 40 masjid memerlukan tempahan bagi sesi pertama. Sebanyak 26 masjid pula tidak lagi memerlukan tempahan. Bagi mereka yang tidak dapat slot di 27 masjid dengan permintaan yang tinggi, sesi kedua turut ditawarkan.



Menjelaskan, Muis berkata 27 masjid yang terus mengendalikan dua sesi ini sentiasa mempunyai permintaan tinggi.



Ini termasuk Masjid Al-Istiqamah, Assyafaah, Muhajirin, Al-Mawaddah, Darul Ghufran, Wak Tanjong, Angullia, Darussalam, Hasanah, Ar-Raudhah dan Assyakirin.



Bagi 14 masjid yang akan mengadakan satu sesi sahaja dengan tempahan diperlukan, permintaan kekal tinggi bagi sesi pertama tetapi pada masa lalu, masih terdapat ruang buat sesi kedua.



Ini termasuk Masjid Abdul Hamid, Abdul Aleem Siddique, Darul Aman, Al-Falah, Sultan dan Al-Firdaus.



Bagi 26 masjid yang akan mengadakan sesi solat Jumaat untuk satu sesi tanpa tempahan, Muis dapati masjid ini mempunyai permintaan yang mampu diurus buat satu sesi sahaja.



Antara masjid dalam kategori ini adalah Masjid Al-Muttaqin, Al-Ansar, Khadijah, Al-Amin, Omar Kampong Melaka, Al-Mukminin dan Hang Jebat.



Tempahan bagi solat Jumaat ini dan Jumaat depan akan dibuka pada 10 pagi esok. Sesi pertama solat Jumaat adalah antara 1 hingga 1.45 petang manakala sesi kedua pula bermula dari 2 atau 2.15 petang.



"Dengan lebih 130,000 ruang solat setiap minggu, kami ingin memberi jaminan bahawa perubahan ini akan terus menyediakan ruang secukupnya bagi jemaah mengendalikan solat Jumaat mereka dengan selesa.



"Kami kini juga dapat menyediakan ruang buat Muslimah di beberapa masjid terpilih, untuk sesi kedua," kata Muis.



Sedang masyarakat beralih ke arah tempoh endemik Covid-19, Muis masih menekankan tentang kepentingan mengambil pendekatan berjaga-jaga sedang kegiatan agama disambung semula dan keperluan bagi kerjasama erat dalam masyarakat.



Keterangan lanjut boleh diperolehi melalui go.gov.sg/mosqueprayer




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >