Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Tempoh perundingan awam Hutan Dover dilanjutkan

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



TEMPOH perundingan awam berhubung tapak kawasan hutan yang dikenali sebagai Hutan Dover akan dilanjutkan empat minggu sehingga 1 Mac, kata Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.



Encik Lee berkata Singapura komited kepada usaha memelihara dan melindungi kawasan hijau di sini, tetapi ruang fizikal yang terhad di Singapura bermakna sebahagian kawasan yang belum dibangunkan perlu digunakan untuk memenuhi keperluan penggunaan tanah.



Encik Lee berkata demikian semasa menjelaskan pendekatan yang diambil Singapura semasa membuat rancangan untuk menggunakan tanah dan membangun kawasan bandar.



Beberapa Anggota Parlimen (AP) telah mengajukan soalan mengenai masa depan tapak hijau yang belum dibangunkan seperti Hutan Dover di Ulu Pandan, yang baru-baru ini menarik perhatian awam ekoran pengumuman ia akan dijadikan kawasan perumahan.



"Kami sentiasa mengambil pandangan jangka panjang terhadap rancangan penggunaan tanah," kata Encik Lee.



Beliau berkata amanah menjaga negara dan berbuat demikian secara berdaya tahan adalah pendirian teras sebalik rancangan tersebut.



"Kita perlu sentiasa mengimbangi permintaan dan kekurangan yang merangkumi keperluan meluas, antaranya termasuk bagi perumahan, ruang hijau, prasarana, kemudahan dalam masyarakat dan tempat kerja," kata Encik Lee.



Menurutnya, ketegangan yang timbul antara keperluan berbeza-beza ini berlaku timbul di mana-mana, tetapi lebih dirasai di negara kecil seperti di Singapura.



Pemerintah, jelasnya, mempunyai beberapa pilihan untuk membangun tanah, termasuk menggunakan tanah secara lebih luas, seperti membina bangunan lebih tinggi dan meletakkan bangunan lebih dekat dengan satu sama lain, selain menghimpunkan beberapa khidmat di satu tempat.



"Sebagai contoh, Punggol Town Hab yang sedang dibina memuatkan perpustakaan awam, pusat masyarakat, pusat penjaja dan khidmat kesihatan... sebahagiannya dibina di atas satu sama lain untuk menawarkan akses sehenti yang selesa bagi penduduk kita.



"Projek sedemikian menjimatkan tanah yang boleh digunakan bagi tujuan lain," kata Encik Lee yang turut memberi contoh Depoh Bersepadu East Coast, yang memuatkan tiga depoh MRT serta satu depoh lagi bagi bas yang dijadual siap pada 2024.



Menambah, Encik Lee berkata penambakan tanah akan terus dijalankan mengikut kesesuaian, sebagaimana juga kajian berhubung penggunaan ruang bawah tanah untuk membina prasarana.



Dari sudut membangun semula tanah pula, Encik Lee berkata langkah jangka panjang strategik akan diambil apabila peluang timbul, seperti di Paya Lebar selepas sekatan membina bangunan tinggi ditiadakan apabila pangkalan udara dipindahkan pada tahun 2030-an dan apabila pelabuhan di persisiran Greater Southern Waterfront dipindah ke Tuas pada 2027.



Ini termasuk mengambil semula tanah yang sebelum ini digunakan bagi sekolah, padang golf dan taman perusahaan.



"Pada 2030, kita telah mengambil balik lebih 400 hektar tanah padang golf bagi tujuan pembangunan semula," ujar beliau.



Pada masa ini, sekitar 7,800 hektar tanah telah dilindungi sebagai hutan terpelihara dan taman yang mewakili ekosistem dan biodiversiti setempat di sini, kata Encik Lee.



Pemerintah juga sedang mengawasi lebih banyak kawasan dan bertujuan melanjutkan rangkaian ruang hijau di sini kepada kawasan lebih 1,000 hektar dalam tempoh antara 10 dengan 15 tahun lagi, kata Encik Lee.



Tahun lalu, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) memohon maklum balas awam dari 20 Disember hingga 16 Januari untuk membimbing rancangan pembangunan dan di Ulu Pandan, termasuk usaha mengenal pasti haiwan dan tanaman di sana.



Tempoh itu kini telah dilanjutkan sehingga 1 Mac dan pihak awam boleh terus memberi pandangan menerusi lawan web HDB.



Encik Lee semalam berkata pihak berkuasa akan menimbangkan dengan teliti semua maklum balas yang diterima dan berkongsi rancangannya apabila siap nanti.



Setakat ini, beliau berkata pandangan yang telah dikongsi menyentuh topik yang amat luas, termasuk yang ingin mengekalkan tempat tersebut sebagai kawasan hijau dan memperuntukkannya sebagai taman semula jadi.



Satu kawasan berdekatan, di Hutan Clementi, juga menarik perhatian awam dan Encik Lee berkata kawasan itu akan terus diperuntuk bagi kegunaan perumahan, meskipun tiada keperluan serta-merta untuk membangunnya.




"Kami sentiasa mengambil pandangan jangka panjang terhadap rancangan penggunaan tanah. Kita perlu sentiasa mengimbangi permintaan dan kekurangan yang merangkumi keperluan yang meluas, antaranya termasuk bagi perumahan, ruang hijau, prasarana, kemudahan dalam masyarakat dan tempat kerja."
- Encik Desmond Lee, Menteri Pembangunan Negara. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >