LUANGKAN masa anda bersama Datuk Ramli Sarip dan Fauzie Laily di Gain City Megastore @ Sungei Kadut daripada 1.30 petang hingga 6 petang pada esok, 26 Mei.
Pengunjung akan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik sambil bermain permainan dan bernyanyi bersama dengan Datuk Ramli Sarip dan artis-artis yang lain.
Dejay radio dari Warna 94.2FM dan Ria 89.7FM juga akan hadir.
Dalam masa yang sama, nikmati juadah makanan Melayu yang halal seperti mi makanan laut, ikan bakar dan ayam sambal di Gain City@ Sungei Kadut.
Bufet ini akan diadakan pada 26 Mei dari 7 malam hingga 9 malam.
Pelbagai jenis lauk pauk Melayu yang lazat disediakan pada harga $18 seorang.
Pembelian satu tiket bufet pula membolehkan anda berpeluang untuk mendapat satu tiket feri percuma untuk ke Batam (dua hala).
Tempah bufet di www.gaincity.com/iftar-buffet-2019 atau di cawangan Gain City Megastore di Sungei Kadut.
Tiket bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 12 tahun berharga $10. Ruang solat juga disediakan.