DUTA GENERASI PERINTIS

Temui warga perintis dengan kemahiran unik

Semalam, kira-kira 1,600 Duta Generasi Perintis (PGA) dihargai di Malam Penghargaan PGA di Gardens By The Bay yang dihadiri Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong. NUR DHUHA ESOOF (nurdhuha@sph.com.sg) mewawancara dua duta itu untuk mendapatkan kisah menarik mereka dalam melakukan tugas sukarelawan itu.

APABILA Cik Badrun Muneera Mohamed Ali mengunjungi rumah seorang warga perintis baru-baru ini, beliau tidak sangka akan menemui seseorang yang mempunyai kemahiran unik yang sukar didapati sekarang.

Warga emas, Encik Fun Ah Chai, 68 tahun, seorang pengukir pingat semasa muda namun bersara setelah mendapati pertukangan itu hampir lupus.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun