Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tenaga kerja setempat, asing saling lengkapi sektor khidmat sosial

– Pekerja luar negara sokong keperluan sektor khidmat sosial sedang usaha dilaksana bangun keupayaan, tarik pekerja setempat
– Hingga 75% tenaga kerja asing bertugas sebagai pekerja penjagaan, penolong khidmat sosial; lagi 25% pakar terapi dan jururawat
Jul 19, 2021 | 05:30 AM



PERKHIDMATAN sosial adalah antara sektor yang bersifat tenaga kerja intensif, bukan hanya dari segi jumlah bahkan kepakaran.



Justeru, meskipun perkhidmatan sosial setempat umumnya disokong pekerja setempat, sektor itu memerlukan tenaga kerja luar negara bagi memastikan ia dapat terus menyediakan khidmat terbaik bagi penduduk di sini.



Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mendedahkan sekitar 70 - 75 peratus daripada tenaga kerja asing dalam sektor tersebut berkhidmat sebagai pekerja penjagaan dan penolong khidmat sosial.



Lagi 25 peratus bekerja sebagai pakar terapi dan jururawat, kata MSF.



Sektor perkhidmatan sosial di Singapura mempunyai lebih 15,000 pekerja, menurut laman web kementerian itu dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS).



MSF bagaimanapun tidak dapat memberikan peratusan pekerja asing dalam sektor perkhidmatan sosial setempat.



Namun, dari 2016 hingga 2019, peratusan tenaga kerja asing dalam sektor perkhidmatan sosial "adalah lebih rendah berbanding peratusan tenaga kerja asing di peringkat nasional", kata kementerian itu.



Tenaga kerja asing membentuk 38 peratus tenaga kerja nasional, menurut statistik yang dikongsi Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).



MSF berkata, sedang pelbagai usaha dilakukan (lihat laporan sisipan) untuk membangun dan menarik warga setempat meneroka kerjaya dalam sektor perkhidmatan sosial, hakikatnya terdapat cabaran-cabaran tertentu yang bermakna tenaga kerja asing itu begitu penting.



"Oleh kerana tugas-tugas ini sering merangkumi kerja syif dan boleh dikatakan agak mencabar dari segi fizikal, warga setempat kurang tertarik padanya," kata jurucakap MSF.



Menurut jurucakap itu, pandemik Covid-19 membawa bersama cabaran yang lebih hebat lagi terhadap sektor perkhidmatan sosial "sedang tenaga kerja perkhidmatan sosial terus bekerja keras untuk memastikan bantuan dapat diberikan kepada mereka yang memerlukannya".



"Kakitangan kami dalam sektor perkhidmatan sosial yang berdedikasi termasuk mereka yang datang dari negara lain.



"Ada di antara mereka yang sudah berada di Singapura selama berdekad, telah menjadi sebahagian daripada masyarakat kita dan telah memberikan sumbangan penting kepada sektor ini dengan dedikasi dan kepakaran mereka," kata jurucakap itu lagi.



MSF berkata tenaga kerja asing dalam sektor perkhidmatan sosial akan terus diperlukan pada masa hadapan untuk menambah kepada tenaga kerja setempat.



Ini antaranya disebabkan permintaan bagi khidmat sosial yang dijangka bertambah sedang Singapura menjadi masyarakat yang semakin menua dengan keperluan yang semakin kompleks.



Pun begitu, pelbagai usaha telah dijalankan saban tahun untuk membantu meningkatkan pendigitalan sektor tersebut serta menambahkan bilangan tenaga kerja setempat di dalamnya.



Jelas MSF:



"Kami mempunyai usaha yang disasarkan untuk memperbaiki kecekapan tenaga kerja dan meningkatkan produktiviti dengan memanfaatkan penggunaan teknologi.



"Kami juga telah mengadakan langkah-langkah untuk mewujudkan peluang pekerjaan, latihan dan kemahiran bagi warga Singapura yang pekerjaan mereka terjejas oleh Covid-19.



"Namun, walaupun dengan adanya usaha-usaha ini, kita masih memerlukan tenaga kerja asing dalam bidang-bidang kritikal tertentu untuk menambah kepada tenaga kerja setempat, terutama dalam peranan penjagaan dan sokongan, yang tidak ramai warga Singapura mahu lakukan."




"Kakitangan kami dalam sektor perkhidmatan sosial yang berdedikasi termasuk mereka yang datang dari negara lain. Ada di antara mereka yang sudah berada di Singapura selama berdekad, telah menjadi sebahagian daripada masyarakat kita dan telah memberikan sumbangan penting kepada sektor ini dengan dedikasi dan kepakaran mereka.''
- Jurucakap Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).




USAHA BANGUN KEUPAYAAN TENAGA KERJA SETEMPAT DALAM SEKTOR PERKHIDMATAN SOSIAL



Bersama-sama Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sedang membangunkan 1,200 peluang pekerjaan dan kemahiran dalam sektor perkhidmatan sosial.



- Pertingkat Skim Pembiayaan Pengurus Sukarelawan (eVMFS) dan perkenal Skim Sokongan Transformasi (TSS), yang membiayai agensi perkhidmatan sosial (SSA) untuk menggajikan Pengurus Sukarela untuk memperkuat kemampuan pengurusan sukarelawan.



- Mewujudkan peluang di bawah Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.



- NCSS bekerjasama dengan institut pengajian tinggi (IHL) untuk mengadakan kursus latihan digital bagi membantu SSA membangun kemampuan digital mereka.



- Peluang latihan disediakan di MSF dan NCSS untuk melengkapkan lulusan dan pencari kerja pertengahan kerjaya dengan kemahiran yang relevan.



Sumber: msf.gov.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >