Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tender kendali Laluan Daerah Jurong, Rentas Pulau dibuka

May 10, 2023 | 05:30 AM



TENDER untuk mengendalikan rel Laluan Daerah Jurong (JRL) dan Laluan Rentas Pulau (CRL) kini dibuka dengan kededua syarikat pengendali pengangkutan awam, SMRT dan SBS Transit, dijangka bersaing untuk mendapatkannya.



Model operasi untuk kededua laluan akan serupa dengan model kontrak bas Singapura, di mana pembida berjaya akan dibayar yuran tetap untuk menjalankan dan menyelenggara laluan MRT, dengan pemerintah mengutip hasil tambang. Laluan kereta api pertama menggunakan model ini ialah Laluan Thomson-East Coast, yang dikendalikan oleh SMRT.



Dalam satu kenyataan pada Selasa, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata tempoh pelesenan pertama untuk dua laluan akan datang adalah selama sembilan tahun, dengan pilihan lanjutan dua tahun.



Pihak berkuasa dijangka memberikan lesen operasi untuk JRL dan mungkin juga CRL menjelang akhir tahun 2024.



"Dalam tempoh pelesenan pertama JRL dan CRL, pemerintah akan menanggung risiko hasil tambang di bawah model yang sama seperti Laluan Thomson-East Coast, memandangkan hasil tambang yang lebih tinggi dan ketidakpastian penumpang pada tahun-tahun awal operasi bagi laluan baru itu, " kata pihak berkuasa.



Apabila lesen operasi pertama tamat tempoh, "LTA akan menyemak model untuk lesen pengendali rel berikutnya, dengan mengambil kira daya maju dan penumpang laluan".



JRL ialah sistem transit muatan sederhana sepanjang 24km dengan 24 stesen, yang berkhidmat di bahagian barat Singapura, termasuk Universiti Teknologi Nanyang (NTU) dan bandar baru Tengah. Ia dijadualkan dibuka dalam tiga peringkat dari 2027 hingga 2029.



CRL ialah laluan MRT muatan penuh bawah tanah rentas pulau sepanjang 50km dari Changi ke Jurong, yang dijangka dibuka secara berperingkat mulai 2030.



LTA berkata kededua tender itu akan dihadkan kepada pengendali rel sedia ada di Singapura, manakala pengendali asing akan dibenarkan menyertai sebagai rakan kongsi minoriti usaha sama dengan SMRT atau SBS Transit.



SBS Transit telah menjalin kerjasama dengan kumpulan transit Perancis RATP untuk membida laluan baru di sini.



LTA menambah bahawa walaupun tender untuk melantik pengendali bagi kededua laluan telah dipanggil serentak, bidaan bagi setiap talian akan dinilai berdasarkan merit mereka sendiri, termasuk kualiti dan harga.



"Pendekatan ini meningkatkan nilai tender dan menggalakkan kededua pembida mengemukakan tawaran yang lebih kompetitif dengan mengambil kira potensi penjimatan sekiranya kededua talian dikendalikan oleh pengendali yang sama," kata LTA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >