Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tentera Laut SG, Indonesia selesai jalani Latihan Eagle Indopura

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



ANGKATAN Tentera Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut Indonesia (TNI-AL) baru selesai menjalani edisi ke-26 Latihan Eagle Indopura.



Latihan yang dirancang secara maya, dengan satu fasa latihan tanpa kontak di laut perairan Indonesia itu, berlangsung dari 13 hingga 21 September.



Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam, semua pegawai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), yang telah divaksinasi sepenuhnya, telah menjalani pengasingan sebelum berangkat dan diuji negatif bagi Covid-19 sebelum dikerah bagi latihan itu.



Dalam latihan itu, RSN mengerahkan frigat RSS Tenacious dan Kapal Misi Pesisir (LMV) RSS Justice serta pesawat rondaan maritim Fokker-50 daripada Angkatan Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) .



Sementara itu, TNI-AL mengerahkan corvette KRI Diponegoro dengan helikopter Panther, corvette KRI Malahayati dan pesawat rondaan maritim NC 212.



Semasa Latihan Eagle Indopura tersebut, angkatan laut kedua-dua negara mengendali siri latihan termasuk penembakan meriam, latihan komunikasi serta latihan mencari dan menyelamat.



Dimodelkan berdasarkan operasi keselamatan maritim sebenar, kapal yang menyertai latihan itu juga ditugaskan di pusat operasi masing-masing untuk menjejak pergerakan kapal yang disimulasi, dengan kru dari Pusat Penyebaran Maklumat RSN.



Pegawai Pemerintah RSS Tenacious, Leftenan Kolonel Tung Wanling, menarik perhatian pentingnya latihan dua hala yang sudah lama diadakan ini untuk mempertingkat persefahaman antara Angkatan Laut kedua-dua Singapura dan Indonesia.



Tambahnya, latihan ini membolehkan mereka meningkatkan pengetahuan yang dikongsi bersama serta memperkukuh hubungan pertahanan yang sudah lama dijalin.



"Ini memberi kami peluang bekerjasama dan belajar daripada satu sama lain untuk meningkatkan kerjasama kami serta mengukuhkan persefahaman antara pegawai kami," ujarnya.



Diadakan sejak 1974, Latihan Eagle Indopura merupakan latihan dua hala paling SAF dengan tentera asing.



Dengan kejayaan latihan itu, Mindef berkata ini menekankan hubungan pertahanan dua hala yang rapat dan sudah lama terjalin antara angkatan laut kedua-dua negara.



"Ini juga mencerminkan interaksi dan pertukaran profesional yang berterusan antara kedua-dua tentera semasa pandemik Covid-19 ini," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >