Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tentera Laut S'pura pastikan keperluan penting selamat tiba di S'pura

May 19, 2020 | 10:54 AM

PANDEMIK Covid-19 mungkin mengakibatkan sekatan perjalanan, tetapi barang keperluan penting termasuk makanan terus masuk ke Singapura, kebanyakannya melalui laut.


Membantu memastikan laluan selamat kapal dagang ini adalah tugas Skuadron 180 dari Angkatan Tentera Laut Republik Singapura (RSN), yang menaiki kapal sebagai sebahagian daripada operasi setiap hari untuk memeriksa penumpang yang diseludup, aktiviti dan barangan mencurigakan.


Pelaut dari pasukan naik kapal ini, yang dikenali sebagai marsyal laut, kini perlu memakai peralatan perlindungan, seperti pelitup, gogel, dan sarung tangan getah, sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga terhadap koronavirus.


Mereka juga mematuhi langkah jarak selamat dan perlu becakap dengan lebih kuat atau lebih sering menggunakan isyarat tangan untuk berkomunikasi dengan kru kapal kerana pelitup memerlahankan suara mereka.


Operasi pasukan keselamatan laut yang mengiringi kapal muatan berterusan sebagai unit operasi kritikal Angkatan Bersenjata Singapura, untuk mencegah serangan pengganas dan lanun.


Pegawai pemerintah skuadron, Mejar Brandon Choo, semalam berkata, walaupun semasa wabak, perdagangan maritim terus aktif, dengan 70 peratus perdagangan maritim dunia melintasi Selat Singapura.


Skuadron itu, yang dibentuk pada 2004 di bawah Pasukan Petugas Keselamatan Maritim, bersiap sedia 24 jam sehari, dan dapat melakukan dua hingga tiga operasi menaiki kapal setiap hari, berdasarkan petunjuk seperti maklumat pelayaran, senarai anak kapal dan rekod keselamatan.


Menurut Penguasa Pelabuhan dan Kelautan Singapura, terdapat sekitar 1,000 kapal di pelabuhan Singapura pada satu-satu masa, dan satu kapal meninggalkan atau memasuki negara ini setiap dua hingga tiga minit.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >