Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tentera Singapura: Tiada Safra Singapore Bay Run dan Army Half Marathon tahun ini

Mar 09, 2019 | 08:30 PM



SALAH satu daripada acara larian terbesar setempat, Safra Singapore Bay Run (SSBR) dan Army Half Marathon (AHM) tidak akan diadakan tahun ini, kata Tentera Singapura menerusi Facebook pada Sabtu (9 Mac).



SSBR dan AHM dianjurkan bersama oleh Tentera Singapura dan Safra dan bertujuan menggalak gaya hidup sihat dan menjalin persahabatan antara anggota perkhidmatan aktif, anggota perkhidmatan negara dan keluarga mereka.



Acara itu biasanya diadakan pada separuh kedua tahun. Lebih 41,000 peserta mengambil bahagian dalam acara tahun lalu.



“Safra dan Tentera Singapura akan menyemak sama ada SSBR dan AHM akan diadakan lagi di masa depan,” kata pos Facebook itu.



Pembatalan SSBR dan AHM dilaksana selepas Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengumumkan kerancakan latihan akan diperlahan bagi seluruh SAF bermula 24 Januari.



Ia antara beberapa tindakan yang diambil selepas kematian pelakon dan askar kerahan (NSman) Aloysius Pang, yang mengalami kecederaan teruk semasa menjalani latihan kerahan di New Zealand awal bulan itu.



Kali terakhir SSBR dan AHM dibatalkan adalah pada 2015, untuk memberi sokongan kepada perayaan SG50, kata pos Facebook itu.



Ia menambah bahawa Tentera Singapura turut terlibat dalam acara peringatan bagi Bicentennial Singapura tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >