Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terapi pancaran proton bagi barah dijangka ada di sini awal 2023

Nov 26, 2022 | 05:30 AM



TERAPI pancaran proton, satu bentuk rawatan terapi radiasi lanjutan yang boleh menyasarkan tumor barah dengan ketepatan lebih tinggi dan meminimumkan kerosakan pada tisu dan organ di sekeliling, dijangka disediakan di Singapura menjelang suku pertama tahun depan.



Pusat Terapi Proton Goh Cheng Liang di bangunan baru Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) di Outram akan mula beroperasi pada suku pertama tahun depan.



Dua lagi pusat dalam sektor swasta juga akan menawarkan terapi pancaran proton pada masa yang sama.



Hospital Mount Elizabeth Novena merancang menawarkan terapi itu mulai Februari depan. Institut Perubatan Lanjutan Singapura (SAM), sebuah pusat barah baru di Biopolis Drive, sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa untuk mula menawarkannya, mungkin menjelang akhir tahun ini, kata pengerusi dan ketua pegawai eksekutifnya, Dr Djeng Shih Kien.



Walaupun radioterapi konvensional menggunakan X-ray, terapi pancaran proton menggunakan zarah subatomik bercas positif yang membolehkan penyasaran sel barah yang lebih tepat.



Ini menyebabkan kurang kerosakan pada tisu dan organ sihat berdekatan, yang bermakna terdapat lebih sedikit kesan sampingan berkaitan rawatan. Risiko mendapat barah sekunder akibat pancaran juga berkurangan, kata Dr Soong Yoke Lim, timbalan pengerusi dan perunding kanan di bahagian onkologi sinaran di NCCS.



Itu sebabnya ia disyorkan bagi pesakit muda di bawah umur 25 tahun, katanya. Terapi ini amat sesuai bagi barah yang terletak di kawasan sensitif seperti otak, atau berhampiran mata atau saraf tunjang, contohnya.



Beliau berkata tidak ada perbezaan antara terapi proton dan terapi konvensional yang mengambil kira kadar penyembuhan, kerana dos radiasi yang disalurkan ke barah serupa.



Teknologi pancaran Proton mahal - SAM membelanjakan kira-kira $85 juta bagi kemudahan pancaran protonnya, Hospital Mount Elizabeth Novena membelanja hampir $80 juta, manakala NCCS melabur $100 juta pada sistemnya.



Kemudahan NCCS mempunyai empat ruang rawatan yang disediakan oleh satu pemecut zarah, manakala dua pusat lain mempunyai satu ruang rawatan setiap satu.



Rawatan terapi pancaran proton boleh terdiri daripada sekurang-kurangnya 25 hingga 37 sesi, bergantung pada keparahan barah.



Setiap sesi di SAM akan menelan belanja $2,800 hingga $2,900, kata Dr Djeng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >