Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terima sogokan: Bekas pengurus Hospital Parkway East didenda $29,000

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



SEORANG lelaki yang bertugas sebagai pengurus di Hospital Parkway East telah menerima sogokan dari syarikat pembinaan dan renovasi ADA Builders, salah satu vendor hospital tersebut.



Ng Soo Meng yang kini berusia 53 tahun, menjangkakan vendor tersebut untuk mematuhi permintaannya bagi tujuan mengejar matlamat perniagaannya dengan penyedia khidmat penjagaan kesihatan swasta Parkway Hospitals Singapore, yang beroperasi di Joo Chiat Place.



Ng bekerja sebagai pengurus di jabatan pengurusan prasarana Parkway East Hospital pada masa itu.



Sogokan yang diterima termasuk sekurang-kurangnya lapan kunjungan ke KTV lengkap dengan layanan pelayan serta perbelanjaan yang berjumlah $4,750 secara keseluruhan yang ditanggung ADA Builders.



Dia didenda $29,000 semalam selepas mengaku bersalah terhadap empat tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah.



Dua individu yang berkait dengan ADA Builders turut dihadapkan ke mahkamah kelmarin berkenaan kejadian rasuah itu.



Tan Kim Thong, kini 52 tahun, yang berkhidmat sebagai pengurus besar pada masa kesalahan itu mengaku bersalah terhadap tiga tuduhan dan didenda $14,500.



Pengasas ADA Builders, Goh Boon Gee, kini 51 tahun, dikenakan denda $3,500 selepas mengaku bersalah terhadap satu tuduhan di bawah Akta itu.



Kesemua lelaki-lelaki itu merupakan warga Singapura.



Parkway merupakan salah satu jenama di bawah kumpulan penjagaan kesihatan swasta IHH Healthcare.



Menurut kenyataannya: "Ng Soo Meng pernah bertugas sebagai kakitangan Hospital Parkway East, tapi kini bukan lagi kakitangan di sini."



Menurut Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Norine Tan, berkata ADA Builders merupakan antara vendor Hospital Parkway East yang sah sejak 2015.



Tan dan Ng mengenali antara satu sama lain melalui tugas mereka pada tahun seterusnya.



Pada 8 Februari 2018, kededuanya telah ke KTV di Balestier Road atas saranan Ng dan dilayan oleh pelayan.



Sejak tarikh itu hingga 14 September tahun itu, dua lelaki itu telah mengunjungi KTV tersebut beberapa kali dan Goh turut ke sana sekurang-kurangnya sekali.



Secara berasingan, antara Mac dan April 2019, Ng memberitahu Tan bahawa dia ingin menukar lampu dan mengecat semula rumahnya.



DPP Tan berkata: "Tertuduh bertanya kepada Tan sama ada ADA boleh menjalankan renovasi tersebut kerana beliau tahu ADA tidak akan meminta bayaran. Tan bersetuju untuk menjalankan renovasi secara percuma dan sebagai ganti, tertuduh akan menyarankan ADA sebagai vendor bagi kontrak renovasi dengan (Parkway Hospitals Singapore).



"ADA menjalankan renovasi di rumah tertuduh pada Mac 2019, yang menelan belanja sekurang-kurangnya $2,846.20 - termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)."



Mahkamah diberitahu bahawa tertuduh tidak membayar kos renovasi tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >