Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pengorbanan jururawat sepanjang pandemik

Terkesan sejak lihat bagaimana jururawat bantu arwah datuk

Aug 14, 2021 | 05:30 AM



KETIKA usianya 19 tahun, beliau terkesan setelah melihat bagaimana jururawat di hospital membantu arwah datuknya di unit jagaan rapi (ICU).



Sejak itu, jiwa Cik Syairah Mohd Reduan, terpanggil untuk menyertai bidang kejururawatan, meskipun beliau ketika itu bercadang mengikuti kursus psikologi di universiti.



Pada awalnya, keputusannya itu mendapat reaksi yang kurang positif daripada anggota keluarga.



Namun, Cik Syairah berjaya merubah fikiran dan salah tanggap mereka mengenai tugas kejururawatan.



"Saya rasa tanggapan ini semakin berkurangan, namun tetap agak meluas.



"Mungkin sebelum pandemik ini, ramai yang mempunyai tanggapan bahawa kerjaya jururawat ini adalah pekerjaan berkemahiran rendah.



"Namun, saya yakin dengan apa yang saya lakukan dan sumbangan saya," ujar beliau, 31 tahun, yang juga merupakan ibu kepada tiga orang anak.



Berbekal dengan pengalaman kejururawatan selama sembilan tahun, Cik Syairah menceritakan bahawa beliau tidak menyesali keputusannya itu.



"Pekerjaan ini telah banyak memberi pengajaran hidup yang berharga kepada saya," jelas siswazah Pengajian Kejururawatan dari Pusat Alice Lee di Universiti Nasional Singapura (NUS).



Cik Syairah telah memulakan kerjayanya di Hospital Besar Ng Teng Fong di wad pesakit selama lima tahun sebelum ditugaskan di jabatan kecemasan (ED) dan ICU.



Setelah mengambil setahun cuti daripada kerja untuk menjaga anak, beliau kembali bertugas sebagai jururawat masyarakat di syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan pengasuh.



Beliau kemudian menyertai CareHub, sebuah inisiatif oleh Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) yang ditubuhkan pada 2017.



Antara tanggungjawab Cik Syairah adalah untuk memastikan pesakit yang sudah dibenarkan pulang dari hospital diuruskan dengan baik dan untuk memeriksa jika mereka mengambil ubat atau rawatan susulan yang sewajarnya.



Cik Syairah akur bahawa ramai juga yang sering salah faham tugas sebagai jururawat di hospital dan sebagai jururawat masyarakat.



"Bekerja di hospital, segalanya berlaku dengan sangat pantas. Contohnya ketika bekerja di Jabatan Kecemasan, pesakit sering masuk dan keluar, tanpa henti.



"Bagi tugas di wad dan ICU pula, saya merawat mereka ketika mereka sedang sakit di hospital. Selepas itu, setelah mereka dibenarkan pulang, saya tidak tahu berita selanjutnya tentang keadaan mereka.



"Jadi sebagai jururawat masyarakat, oleh kerana kami menjaga pesakit bagi tempoh jangka masa lebih panjang, saya dapat memberi penjagaan lebih menyeluruh... dapat mengenali pesakit dengan lebih mendalam.



"Dan ini adalah satu pengalaman yang sangat bermakna bagi saya," cerita Cik Syairah dengan penuh semangat.



Mengulas lebih lanjut mengenai pekerjaannya itu, Cik Syairah berkata ia juga sejajar dengan ajaran Islam, sesuatu yang amat pentingnya.



"Islam mengajar kita dan saya sering ingatkan diri saya: 'Barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia'.



"Itulah salah satu motivasi yang mendorong saya untuk teruskan apa yang saya lakukan ini," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >