Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TERKINI: Budak 2 tahun diselamatkan lepas polis serbu flat di Sembawang, ibunya dan lelaki ditangkap

Sep 28, 2016 | 09:08 AM



KEBUNTUAN 17 jam antara polis dan seorang lelaki yang mengurung   dirinya dalam  sebuah flat di Sembawang bersama  seorang kanak-kanak berusia dua tahun berakhir pada tengah hari Rabu (28 Sept), apabila polis memecah masuk flat   tingkat lima itu.



Lelaki berusia 39 tahun itu ditangkap kerana kesalahan mengurung  dan  berkaitan dadah, manakala kanak-kanak berkenaan  –  yang tidak mengalami sembarang kecederaan –  kini dalam jagaan pihak berkuasa.



Ibu budak itu,   yang dikatakan terlibat dalam satu pertikaian dengan seorang lelaki sebelum kejadian tersebut,  turut ditahan di tempat kejadian bagi kesalahan berkaitan dadah.



Para pegawai daripada  Perintah Operasi Khas memecah masuk flat itu  pada 12.03 tengah hari,  kata polis dalam kemas kini di laman Facebook.



Kebuntuan dramatik di Blok 462, Sembawang Drive itu bermula apabila polis menerima panggilan pada 6.44 petang pada Selasa.

Difahamkan lelaki tersebut dan ibu kanak-kanak itu berkawan.



Seorang penduduk blok, Encik Adam Bhai, 33 tahun, berkata beliau mendengar tangisan kuat seorang kanak-kanak  sekitar  8 malam.



“Lelaki itu enggan membuka pintu bagi   polis,” kata jurucakap polis.



 Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata  ia meletak  pek udara  keselamatan nyawa di kaki blok itu pada petang Selasa.



SCDF juga menghantar sebuah kereta  bomba, sebuah Red Rhino,   dua motosikal bomba,  ambulans, dan tiga kenderaan sokongan.



Pasukan Bantuan Bencana dan  Penyelamat juga  diletak  dalam keadaan bersiap sedia.



Anggota Parlimen GRC Sembawang, Dr     Lim Wee Kiak, yang berada di tempat kejadian sebelum ini, berkata polis  bekerja keras  berunding dengan lelaki itu dan kebimbangan  paling mendesak mereka ialah  keselamatannya dan    kanak-kanak berkenaan.



Beliau berkata mereka cuba menyelesaikan pertikaian keluarga itu dan berdasarkan pemeriksaan pangkalan data, mereka  tidak berada di bawah  bantuan kewangan ComCare pemerintah.



Dr Lim berkata wanita tersebut  mempunyai tiga anak lagi,  yang berada bersama   sisi nenek mereka di Woodlands.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >