Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teroka sejarah Pertempuran S'pura, Perang Dunia Kedua

Feb 08, 2023 | 05:30 AM



PARA pengunjung yang menyertai lawatan ke Fort Connaught di Sentosa akan dapat menyelami zaman waktu perang Singapura dan mengetahui pelbagai kisah yang tercetus dari tapak Perang Dunia Kedua (WWII).



Jelajah Penemuan Semula Fort Connaught (The Fort Connaught Rediscovery Tour) adalah sebahagian daripada Pertempuran Singapura (Battle for Singapore) 2023 yang akan bermula dari Jumaat ini hingga 5 Mac.



Untuk memperingati ulang tahun ke-81 Kejatuhan Singapura, Lembaga Warisan Kebangsaan (NHB) menganjurkan siri lawatan khas berpandu, ceramah, pameran dan tayangan filem.



"Melalui Pertempuran Singapura 2023, kami berharap rakyat Singapura akan mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang sejarah WWII dan bagaimana ia telah memberi kesan kepada kehidupan kita hari ini. Mereka mendapat inspirasi daripada semangat, ketabahan dan perpaduan para perintis perang kita," kongsi Encik Gerald Wee, Pengarah Perhubungan Antarabangsa dan Muzium, NHB ketika ditemui semalam.



Kubu itu dibina demi mempertahankan Keppel Harbour, sebuah kemudahan pembinaan dan kemudahan pembaikan kapal yang penting di Singapura. Kubu itu dilengkapi dengan senjata api 9.2 inci.



Senjata itu adalah yang terbesar di Sentosa dan digunakan untuk menyerang tentera Jepun semasa Pertempuran Singapura.



Lawatan itu termasuk mempelajari sejarah kubu yang terbiar itu, pembinaannya serta peranannya dalam mempertahankan pantai Singapura semasa pencerobohan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.



Tiket bagi menyertai lawatan itu ialah $20 bagi setiap peserta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >