Teruja dapat sertai NDP kali pertama

Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini menjanjikan acara yang lebih gah dan dapat menyemarakkan lagi semangat menyambut ulang tahun Singapura ke-50 dengan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. Ikuti temu ramah SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) bersama dua peserta NDP tahun ini.

SEMASA beliau mengemukakan keinginannya melibatkan diri dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini, ibu bapanya kurang setuju pada mulanya kerana bimbang ia akan menjejas tumpuannya kepada pelajaran dan tanggungjawab persekolahannya.

Namun, kerana enggan melepaskan peluang yang datang menjenguk sekali-sekala, Cik Shariffah Nadia Said Mohamed Isham, 19 tahun, bertekad menunjukkan bahawa beliau mampu mengimbangi masanya dengan baik.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun