Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terus berjaga dari Omicron semasa cuti sekolah: PM Lee

Mar 14, 2022 | 05:30 AM



MESKIPUN gelombang Omicron kemungkinan besar sudah mencapai kemuncaknya dan mula berkurangan, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menggalak anggota masyarakat supaya terus berwaspada dalam merancang aktiviti keluarga.



Ini terutama sekali semasa tempoh cuti sekolah yang baru bermula Mac ini.



Encik Lee berkata anggota masyarakat harus terus kekal mematuhi langkah pengurusan keselamatan (SMM) yang dikuatkuasa dalam melakukan aktiviti mereka.



"Saya harap pelajar dan ibu bapa diberi peluang untuk meluangkan masa bersama, mungkin dengan mengunjungi ruang hijau kami, muzium atau tarikan lain.



"(Saya harap anda) terus mematuhi SMM. Meskipun gelombang Omicron kelihatan sudah mencapai kemuncaknya dan mula berkurangan, kita perlu terus berwaspada dalam merancang aktiviti keluarga.



"Terus jaga keselamatan kita, dan kepada semua pelajar, nikmati masa rehat minggu ini," katanya dalam catatan di Facebook.



Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) mengumumkan baru-baru ini Singapura akan memperkemas SMM Covid-19 mulai esok, sedang gelombang Omicron berkemungkinan besar sudah mencapai kemuncaknya.



Langkah yang diperkemas dan dipermudahkan merangkumi lima bidang - jumlah orang yang boleh berkumpul; pemakaian pelitup muka; peraturan di tempat kerja; jarak selamat dan had kapasiti acara - diumumkan bulan lalu tetapi ditangguhkan berikutan kes jangkitan yang meningkat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >