Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terus tingkat kemahiran supaya mampu harungi cabaran masa depan: Faishal

Apr 30, 2022 | 05:30 AM



MASYARAKAT Melayu/Islam perlu memainkan peranan penting untuk menyesuaikan diri dan meningkatkan kemahiran mereka agar kekal relevan sedang mereka mengharungi kadar inflasi dan kos sara hidup yang tinggi, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Perubahan itu perlu dibuat sedang Dr Faishal berkata beliau memahami dan juga prihatin dengan tekanan yang dihadapi isi rumah setempat.



Kadar inflasi yang tinggi memberi kesan terutama bagi golongan berpendapatan rendah dan pertengahan yang terpaksa membuat penyesuaian serta pengorbanan untuk mengharungi cabaran ini.



Malah, keadaan yang dialami sekarang lebih mencabar kerana pandemik Covid-19 telah mempercepatkan perpindahan beberapa pekerjaan tertentu.



"Masyarakat Melayu/Islam harus terus berdaya tahan, perlu menyesuaikan diri dan merebut peluang untuk jalani latihan dan meningkatkan kemahiran diri terutama sekali dalam industri dan bidang pertumbuhan baru, tanpa mengira umur atau kelayakan, bagi menyesuaikan diri dengan perubahan pesat landskap dan ekonomi masa depan," jelas beliau.



Dr Faishal menambah bahawa walaupun amat sukar bagi para pekerja untuk mengimbangi cabaran kos sara hidup yang tinggi dan meningkatkan kemahiran mereka agar kekal relevan, ia adalah langkah yang amat penting.



Ini akan memastikan para pekerja boleh kekal relevan di masa hadapan dan muncul dengan lebih kuat selepas pandemik ini.



Dr Faishal turut menekankan bahawa pemerintah telah bekerjasama dengan industri dan masyarakat untuk meningkatkan usaha bagi memberi masyarakat Melayu/Islam dengan kedudukan dan peluang lebih baik untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor pertumbuhan.



Pemerintah juga mahu pembelajaran sepanjang hayat diterapkan ke dalam DNA masyarakat Melayu/Islam melalui peningkatan kemahiran dan peluang penempatan langsung untuk pekerja dalam sektor pertumbuhan.



Di antara inisiatif itu ialah usaha transformasi Yayasan Mendaki yang berkongsi dengan agensi latihan nasional untuk memperluas dan mendekatkan sumber kepada masyarakat serta menempatkan pekerja Melayu/Islam dalam industri pertumbuhan seperti dalam teknologi dan ekonomi hijau.



"Oleh itu, dengan adanya usaha dari pemerintah untuk memberi peluang kepada masyarakat Melayu/Islam untuk mempertingkatkan diri dan mendapatkan pekerjaan dalam industri pertumbuhan, para pekerja pula harus merebut peluang yang ada agar mereka sentiasa kekal relevan untuk menghadapi cabaran masa depan," gesa beliau.



Beliau tekankan pemerintah juga bersedia untuk menyediakan lebih banyak bantuan bagi membantu warga menangani kenaikan kos terutama bagi golongan berpendapatan rendah.



Di antara sokongan yang akan diberikan oleh pihak pemerintah termasuk Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) pada pertengahan bulan depan; rebat U-Save tahun ini pada April, Julai, Oktober ini serta Januari tahun hadapan.



Laporan lanjut: Manfaatkan sokongan pemerintah tangani kenaikan kos




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >