Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teruskan nilai murni meski di luar Ramadan: Masagos

Apr 21, 2023 | 08:26 PM



KRISIS pandemik Covid-19 yang telah ditempuhi bersama beberapa tahun kebelakangan ini telah membolehkan masyarakat Melayu/ Islam menyemai nilai salam dan rahmah - nilai-nilai yang menjadi asas masyarakat.



Nilai-nilai ini harus diteruskan dalam kehidupan seharian kita, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam ucapannya kepada masyarakat Melayu/Islam sempena Hari Raya Aidilfitri 2023.



“Saya gembira masyarakat kita telah meraih pengajaran daripada pengalaman semasa pandemik dan meneruskan amalan-amalan baik sepanjang Ramadan,” kata beliau.



Memberi contoh, Encik Masagos berkata di masjid, orang ramai berdisiplin menjaga kebersihan ruang solat dan menjalankan ibadah secara teratur; di ruang-ruang masyarakat pula, sikap prihatin dan belas ihsan terhadap orang lain ditunjukkan terhadap mereka yang seagama mahupun yang berlainan agama.



“Kita berbuka puasa bersama-sama dan membuka hati kita kepada mereka yang memerlukan sebagai sebuah masyarakat yang kini lebih teguh pascapandemik.



“Krisis yang kita tempuhi bersama telah menyemai nilai-nilai salam dan rahmah yang menjadi asas masyarakat kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



“Nilai-nilai yang kita pupuk sepanjang Ramadan dan semangat daya tahan yang kita paparkan sepanjang tahun-tahun mencabar yang lalu, harus diteruskan dalam kehidupan seharian, sedang kita menyambut tibanya bulan Syawal,” ujar Encik Masagos.



Beliau turut melahirkan penghargaan terhadap para asatizah yang bertauliah dan berkelayakan “yang terus membimbing kita untuk menjadi insan yang berakhlak mulia, petanda ibadah kita berhasil”.



Encik Masagos, yang telah menyampaikan ucapan Hari Raya nya itu di Masjid Yusof Ishak berkata kemajuan yang dicapai masyarakat Melayu/ Islam membolehkan mereka bukan sahaja untuk berdikari, tetapi juga berkhidmat kepada masyarakat dan negara.



Nilai-nilai tersebut telah diteladani presiden pertama Singapura, Encik Yusof Ishak, dan warisan beliau dalam menyatupadukan warga Singapura dikenang melalui masjid yang dinamakan sempena namanya, kata Encik Masagos.



Beliau turut mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh masyarakat Melayu/ Islam.



“Semoga Hari Raya ini disambut dengan kesyukuran dan kemeriahan bersama keluarga serta sahabat-handai, sedang kita terus berusaha mencapai kejayaan,” tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >