SUMBER TENAGA KERJA SINGAPURA YANG PELBAGAI
Tetapkan sasaran buka bengkel kereta di kampung
Dec 17, 2019 | 05:30 AM
EMPAT tahun lalu, apabila Encik Mohamad Hafizul Izzi Ibrahim, perlu memikul tanggungjawab menyara ibu bapanya yang semakin menua, beliau sedar dirinya perlu mencari pekerjaan lebih stabil dengan gaji lebih tinggi - dan bukan sekadar bekerja sambilan sahaja.
Lantaran itu, apabila seorang teman memberitahu adanya lowongan kerja di Singapura dan menyarankannya, anak bongsu 10 beradik itu terus merebut peluang tersebut.