Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tharman bakal lawat Saudi, Kenya, Perancis dan Turki bermula esok

Jul 13, 2019 | 07:52 PM



MENTERI Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, bakal melawat Arab Saudi, Kenya, Perancis dan Turki dari 14 hingga 18 Julai bagi persidangan antarabangsa dan mesyuarat dua hala.



Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini (Sabtu, 13 Jul).



Beliau akan berada di Riyadh, Arab Saudi pada 14 Julai bagi mesyuarat dengan menteri-menteri Saudi untuk membincangkan kerjasama dua hala serta antarabangsa.



Beliau juga akan berdialog dengan pegawai dan pengurus kanan bank yang akan dihos Penguasa Kewangan Arab Saudi.



Dalam kenyataan yang sama, Encik Tharman dikatakan akan turut melawat Nairobi, Kenya pada 15 Julai untuk berucap semasa Festival FinTech Afro-Asia pertama yang dianjurkan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Bank Pusat Kenya (CBK).



Festival itu bakal menyatukan lebih 100 penceramah dari 29 negara.



Beliau juga akan menyaksikan penandatanganan Persetujuan Kerjasama FinTech antara MAS dan CBK dan bakal bertemu Presiden Uhuru Kenyatta, Timbalan Presiden William Ruto serta Setiausaha Kabinet bagi Pengangkutan, Infrastruktur, Perumahan, Pembangunan Bandar dan Kerja Awam, James Macharia.



Pada 16 Julai pula, Encik Tharman akan menyampaikan ucapan di Persidangan Bretton Woods di Paris, Perancis, dan akan bertemu beberapa pemimpin perniagaan.



Beliau akan berada ke Istanbul dan Ankara pada 17 dan 18 Julai untuk bertemu Presiden Recep Tayyip Erdogan dan Menteri Perbendaharaan dan Kewangan Berat Albayrak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >