Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada bukti S'pura disasar dalam kejadian godam: Agensi Keselamatan Siber

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



TIADA bukti menunjukkan Singapura menjadi sasaran serangan godam berprofil tinggi baru-baru ini, yang melibatkan firma keselamatan siber FireEye dan penyedia sofwe SolarWinds Corp, kata pihak berkuasa di sini.



Bagaimanapun, Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) berkata ia telah menghantar surat nasihat pada 9 Disember lalu agar syarikat memutuskan sambungan alat keselamatan siber yang terjejas dan mengemas kini sistem mereka bagi melindungi diri daripada penjenayah siber.



FireEye, salah sebuah syarikat keselamatan siber terbesar di Amerika Syarikat, berkata awal bulan ini bahawa ia digodam dalam serangan yang ditaja oleh sebuah negara.



Alat penggodaman firma itu, yang digunakan untuk menguji pertahanan pelanggannya, dicuri dalam kejadian tersebut.



Serangan terhadap syarikat itu merupakan antara serangan terbesar sejak kebelakangan ini.



Syarikat itu rakan kongsi strategik CSA, yang menyelia fungsi keselamatan siber nasional dan melindungi perkhidmatan kritikal Singapura.



Menyusuli siasatan syarikat itu minggu ini, FireEye mendapati bahawa salah satu penyedia sofwenya - SolarWinds Corp yang berpangkalan di Amerika - juga digodam, dan digunakan untuk memasuki sistem pemerintahan Amerika.



Siasatan terhadap serangan siber itu sedang dijalankan.



CSA memberitahu akhbar The Straits Times bahawa berdasarkan pemahamannya, skop serangan FireEye terhad dan tidak menjejas Singapura.



"Berdasarkan maklumat daripada FireEye, serangan itu amat tersasar, dan pencerobohan tersebut terbatas hanya ke atas pejabat FireEye di Amerika.



"Tiada bukti menunjukkan Singapura telah atau akan menjadi sasaran," kata CSA.



Agensi itu menghantar surat nasihat kepada pemimpin Infrastruktur Maklumat Kritikal (CII), untuk bekerjasama dengan vendor keselamatan mereka dan mengemas kini sistem mereka supaya mereka dapat dilindungi daripada alat FireEye yang dicuri.



Dalam satu nasihat awam berasingan di laman webnya Isnin lalu, Pasukan Respons Kecemasan Komputer Singapura (SingCert), iaitu sebuah unit CSA, menasihatkan pertubuhan supaya memutuskan atau mematikan produk SolarWinds tertentu daripada rangkaian mereka dengan segera.



Pentadbir juga dinasihatkan supaya memeriksa log bagi kegiatan mencurigakan, memeriksa sistem yang terhubung bagi tanda-tanda telah diceroboh, dan menetapkan semula butiran log masuk (credentials) jika perlu, terutama yang digunakan atau disimpan dalam sofwe SolarWinds, kata CSA.



"Pentadbir juga disarankan memantau rangkaian dan sistem mereka bagi kegiatan mencurigakan," ujar agensi itu lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >