Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada lonjakan kes Covid-19 di sini disebab pelawat China: Ye Kung

Jan 10, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA tidak melihat lonjakan dalam kes jangkitan di sini disebabkan pengunjung dari China, dengan langkah-langkah Covid-19 semasa negara ini adalah sesuai, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, dalam kenyataan menterinya di Parlimen semalam.



Ini meskipun terdapat gelombang jangkitan di China sedang negara itu membuka semula sempadannya.



Bagaimanapun, Encik Ong berkata Singapura tidak boleh leka.



"Langkah-langkah ini mungkin berfungsi sekarang, tetapi tidak secara kekal.



"Kami akan terus menilai keadaan dan jika perlu, membuat penyesuaian atau melaksanakan langkah-langkah baru. Pada setiap masa, keputusan kita mesti dibuat berdasarkan sains, bukti dan data," kata beliau.



Terdapat 38 penerbangan setiap minggu dari China kini, yang membawa sekitar 700 hingga 1,000 pengunjung ke sini setiap hari - kurang 10 peratus daripada jumlah prapandemik.



Encik Ong berkata sebarang tambahan kepada jumlah penerbangan akan perlu dinilai dengan teliti.



Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, pula berkata Singapura akan mengembalikan ketersambungan udara dengan China dengan berhati-hati, dengan mempertimbangkan penilaian kesihatan awam dan kapasiti Lapangan Terbang Changi.



Pengunjung yang datang ke Singapura perlu mematuhi syarat sama ada sudah divaksinasi sepenuhnya mengikut definisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau menjalani ujian prakeberangkatan (PDT) jika belum divaksinasi - satu pendekatan jalan tengah berbanding negara lain, kata Encik Ong.



Dalam empat minggu terakhir tahun lalu, sekitar 200 pelancong dari China dikesan menghidap Covid-19 - kurang 5 peratus daripada semua kes import dalam tempoh itu.



Sebaliknya, negara Asean menyumbang lebih separuh daripada kes import di sini, dengan 15 peratus dari negara Asia yang lain, 11 peratus dari Eropah dan 9 peratus dari Timur Tengah.



Kes import hari ini membentuk hanya 5-10 peratus daripada semua jangkitan di sini.



Di samping itu, tidak ada varian Covid-19 baru yang muncul di China, meskipun sebahagian besar populasi 1.4 bilion negaranya belum dijangkiti Covid-19 dan masih terdapat risiko dan ketidakpastian.



Encik Ong berkata Singapura tidak pernah menghapuskan semua langkah sempadannya, dan terus melaksanakan langkah-langkah yang relevan.



Ini berbeza dengan negara lain yang telah menarik balik semua langkah sempadan mereka sebelum ini, dengan ada yang telah melaksanakan semula dan mengumumkan langkah sempadan baru.



Encik Ong berkata keprihatinan utama sekarang adalah kemunculan varian Covid-19 "yang baru, tidak diketahui dan lebih berbahaya".



"Varian mimpi ngeri boleh membuat kita kembali kepada situasi sebelumnya… Kita mungkin perlu mengembalikan langkah-langkah seperti kawalan sempadan ketat, kuarantin untuk pengunjung, sekatan sosial termasuk had saiz kumpulan, sehingga vaksin baru dan berkesan dibangunkan," kata beliau.



Menulis di Facebook semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata pemerintah sedang memantau angka Covid-19 dengan teliti, terutamanya dengan musim perjalanan hujung tahun dan pembukaan semula serta gelombang jangkitan baru-baru ini di China.



"Kita bersedia untuk menyesuaikan langkah jika perlu, tetapi kita tidak mahu kembali kepada sekatan ketat melainkan benar-benar perlu.



"Kita mesti mencapai keseimbangan yang melindungi sistem penjagaan kesihatan kita daripada lonjakan kes yang teruk, tetapi pada masa yang sama membolehkan kita meneruskan kehidupan seperti biasa," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >