Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada pengunjung wad hospital buat 4 minggu mulai 24 September susuli peningkatan kes Covid-19

Sep 22, 2021 | 06:12 PM



PENGUNJUNG tidak dibenarkan datang ke wad hospital selama empat minggu mulai Jumaat (24 September) hingga 23 Oktober, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (22 September).



Sekatan yang diperketat ini dibuat dalam keadaan kes Covid-19 dalam kalangan masyarakat meningkat dengan lebih banyak kes dikesan dalam kalangan kakitangan hospital, pesakit dan pengunjung.



Situasi ini membawa pada penutupan wad dan perintah kuarantin ke atas kakitangan hospital, lantas menjejas tampungan katil hospital serta jumlah kakitangan pada sesuatu masa apabila lebih banyak katil hospital diperlukan bagi menjaga pesakit Covid-19 yang dirawat di hospital, tambah MOH.



MOH menjelaskan mulai Jumaat, pesakit berisiko tinggi, tanpa mengambil kira status vaksinasi mereka perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) wajib di jabatan kecemasan hospital.



Ia juga menambah sesetengah kumpulan pesakit akan dibenarkan kunjungan anggota keluarga mengikut kes demi kes yang dinilai pihak hospital.



Ini termasuk pesakit dalam keadaan kritikal, pesakit kanak-kanak, ibu yang melahirkan atau ibu pospartum serta pesakit yang memerlukan sokongan jagaan tambahan daripada pengasuh.



Golongan pesakit yang dibenarkan menerima pengunjung juga meliputi mereka yang mempunyai kurang upaya mental atau anggota keluarga yang menjalani latihan mengasuh bagi lebih menjaga orang tersayang selepas dibenarkan pulang dari hospital. Pesakit ini dibenarkan menerima seorang pengunjung khusus bagi satu kunjungan setiap hari.



Pesakit yang dalam keadaan tenat pula dibenarkan menerima sehingga lima pengunjung khusus dengan paling ramai menerima dua pengunjung bersamanya bagi setiap sesi lawatan. 



Namun, semua pengunjung yang dibenarkan datang perlu mengemukakan hasil ujian ART atau reaksi rantaian polymerase (PCR) yang negatif dan diperolehi dalam tempoh 24 jam sebelum membuat setiap lawatan.



"Ini adalah ketetapan wajib bagi semua pengunjung, tanpa mengira status vaksinasi individu berkenaan, kecuali bagi mereka yang telah pulih daripada Covid-19 dan boleh mengemukakan notis pengecualian Ujian Praacara (PET) mereka yang sah," ujar MOH.



Ia menambah, semua pengunjung yang dibenarkan datang harus menggunakan pelitup muka dengan keupayaan penurasan yang baik setiap masa, termasuk pelitup bedah dan yang dipakai semula serta diperbuat daripada dua lapisan fabrik.



Makan dan minum di wad tidak dibenarkan bagi pengunjung. Mereka juga tidak boleh menggunakan tandas pesakit di wad dan harus elakkan daripada duduk di katil pesakit.



Sementara itu, MOH juga sedang mengenalkan langkah membantu jabatan kecemasan yang biasanya sesak.



"Buat masa ini, pesakit yang datang dengan tanda jangkitan pernafasan akut di jabatan kecemasan atau klinik kecemasan 24 jam akan diasingkan daripada pesakit lain," kata MOH.



"Bagaimanapun, dengan adanya lebih banyak kes Covid-19 yang hadir tanpa tanda jangkitan atau prajangkitan, ujian diperlukan bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di Jabatan Kecemasan ini," jelas MOH.



Justeru, mulai Jumaat, pesakit berisiko tinggi, tanpa mengira status vaksinasi mereka, akan diperlukan menjalani ujian ART di jabatan kecemasan atau klinik kecemasan 24 jam.



Ini termasuk pesakit yang diminta berada di katil jabatan kecemasan bagi pemantauan yang diperpanjangkan dalam unit rawatan ringkas atau Unit Diagnostik dan Rawatan Lanjutan, atau di ruang pemantauan dan wad di hospital swasta.



Langkah ini juga meliputi pesakit yang perlu menjalani penilaian tanpa pelitup atau prosedur yang mengambil masa 15 minit atau lebih.



Mereka yang menemani pesakit yang dibenarkan bersama pesakit sepanjang tempoh pemantauan melebihi 30 minit juga tertakluk pada ujian ART.



Pemerintah akan memberi subsidi bagi kos ART buat kedua-dua pesakit yang sudah divaksin atau belum hingga hujung 2021, kata MOH.



Mereka yang mengiringinya pula mungkin perlu membayar bagi ujian ini, bergantung pada hospital.



"Kami menggesa mereka yang tiada kondisi kecemasan atau mempunyai tanda jangkitan ringan agar elakkan daripada mendapatkan rawatan di hospital dan sebaliknya berkunjung ke klinik awam atau Pusat Jagaan Cemas," tambah MOH.



Mereka yang bimbang dijangkiti Covid-19 harus berkunjung ke klinik Swab dan Hantar Ke Rumah (Sash).



Doktor di klinik itu akan menilai keadaan individu ini dan menjalankan ujian diagnostik Covid-19 apabila perlu bagi mengesahkan status kesihatan mereka.



"Ini akan membolehkan pesakit dengan penyakit lebih teruk dan memerlukan jagaan kecemasan yang mendesak dapat dirawat segera serta membantu memelihara tampungan hospital bagi mereka yang benar-benar memerlukan jagaan hospital," tambah MOH.



MOH juga telah menambah kekerapan ujian pemantauan buat kakitangan hospital serta penyedia khidmat yang bertugas di hospital.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >