Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tiada undi bagi tiket NDP 2021

Ia akan diberi kepada "Wira Seharian' seperti guru, penjaja dan pemandu pengangkutan awam
Jul 03, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai tidak akan dapat mencuba nasib mendapatkan tiket bagi Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.



Tidak seperti tahun-tahun lalu, tiket-tiket bagi NDP 2021 akan diberikan kepada individu terpilih sahaja dan bukan menerusi pengundian umum.



Demikian diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif NDP 2021, Brigadier Jeneral (BG) Tan Cheng Kwee, yang menjelaskan bahawa tiket-tiket bagi pertunjukan fizikal NDP akan diberikan kepada 'Wira Seharian' atau 'Everyday Heroes' seperti guru, penjaja dan pemandu pengangkutan awam.



Proses pemilihan wira-wira itu masih dalam perbincangan dan jawatankuasa penganjur akan bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam membuat pemilihan, kata BG Tan.



Beliau berucap kepada media semalam di Pentas Terapung Marina Bay iaitu tempat di mana NDP tahun ini akan diadakan.



"Dengan langkah-langkah keselamatan yang ada, kami hanya dapat beroperasi pada sebahagian kapasiti penuh Pentas Terapung kerana kami memerlukan ruang bagi penjarakan selamat.



"Dengan ini, kami tidak akan menyediakan tiket bagi pengundian umum tahun ini.



"Sebaliknya, kami akan memberikan tiket NDP kepada wira-wira seharian... merekalah warga Singapura yang telah membantu Singapura mengharungi cabaran sepanjang tahun lalu," ujar BG Tan.



Namun, semua warga Singapura masih dapat mengikuti dan meraikan kemerdekaan negara yang ke-56 di kaca televisyen serta melalui beberapa acara lain yang dirancang.



Perbarisan dan Pertunjukan NDP kali ini direka dengan memikirkan penonton di rumah, kata BG Tan sambil menambah bahawa mereka dapat menikmati kesan khas eksklusif melalui kaca televisyen semasa penstriman langsung pada 9 Ogos nanti.



Sementara itu, kumpulan seragam sekolah dan kontinjen sosioekonomi yang sering diketengahkan semasa acara perarakan kali ini akan disertakan secara maya.



Beberapa acara di estet perumahan juga akan diadakan, termasuk persembahan payung terjun Red Lions pada 7 dan 8 Ogos, aksi helikopter Chinook yang membawa bendera negara, serta pertunjukan bunga api pada malam 9 Ogos.



BG Tan turut mengumumkan tema, logo dan lagu NDP 2021 semalam.



Tema 'Bersama-sama, Semarakkan Semangat Singapura Kita' mengajak warga Singapura menghidupkan semula semangat keSingapuraan dan mengatasi cabaran serta membina Singapura yang lebih kukuh.



Tema itu turut disepadukan dalam lagu tema NDP 2021 berjudul The Road Ahead tulisan dan gubahan Linying dan Evan Low.



Ia dinyanyikan Linying, Sezairi Sezali, Shye-Ann Brown dan Shabir.



Logo NDP berbentuk singa pula melambangkan kekuatan dan perpaduan negara. Ia dihasilkan pelajar Politeknik Nanyang, Tan Yun Xin.



Dalam pada itu, BG Tan menambah disebabkan pandemik Covid-19 yang masih berubah, bilangan penonton yang dibenarkan di Pentas Terapung Marina Bay hanya dapat diumumkan lebih dekat pada 9 Ogos nanti.



Pek NDP atau dikenali sebagai 'fun pack' sebelum ini hanya akan diberikan kepada penonton yang hadir di Pentas Terapung Marina Bay.



Ia akan mengandungi keperluan penting sahaja seperti botol air, bendera negara kecil dan pensanitasi tangan.



Botol air yang diberikan boleh digunakan semula dan bukan botol air plastik pakai buang seperti tahun-tahun sudah, tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >