Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI

Alam Sekitar

May 19, 2022 | 05:30 AM



Menjelang Hari Antarabangsa bagi Diversiti Biologi pada Ahad ini, BERITA HARIAN menampilkan sembilan pokok raksasa di serata Singapura yang memainkan peranan memberi kita udara segar setiap hari. Daripada pohon gergasi Jelawi Jaha di Kebun Bunga kepada pohon pelangi Mindanao Gum di Taman Katong, ada pelbagai pokok yang mampu menawan hati anda.




Beringin Burma (Ficus Kurzii)



Di mana: Tasik Angsa, di Kebun Bunga, 1, Cluny Road; berhampiran pintu masuk di Pagar Tanglin.



Mengapa ia istimewa: Pohon ara ini mempunyai susunan dahan yang membuatnya kelihatan sebagai sarang labah-labah. Ia dibentuk akar udara yang menjalar ke tanah. Encik Png berkata pohon ara ini adalah anggota teras dalam ekosistem dan banyak burung hutan makan dan menabur buahnya di merata tempat. Ia berasal dari Semenanjung Malaysia dan difahami berusia sama dengan Kebun Bunga, yang boleh dijejak sehingga 1859. 




Jelawi Jaha (Terminalia Subspathulata)



Di mana: Kebun Bunga, di simpang Lower Ring Road dengan Liane Road.



Mengapa ia istimewa: Ia bukan sahaja antara pokok yang tertinggi di Kebun Bunga, malah rendang dan mempunyai ukur keliling yang lebar.



Buah-buahannya dikenali kerana berwarna perang, berbentuk seperti kelawar dan bersayap dua, untuk membolehkanya ditiup angin.




Gam Mindanao (Eucallyptus deglupta)



Di mana: Taman Katong, 59 Fort Road



Mengapa ia istimewa: Taman ini, yang terletak di kawasan yang dahulul pernah menjadi Kubu Tanjong Katong dari 1879 hingga 1901.



Sesiapa yang pergi ke sana tidak akan terlepas pandang pohon gam yang bukan sahaja tinggi, malah mempunyai batang pokok yang berwarna pelangi.



Ini kerana kulit kayu pokok yang berasal dari Papua New Guinea ini sering tersiat dan ini membolehkannya kelihatan berwarna-warni.



Kulit kayu paling dalam berwarna hijau dan ia dikelilingi kulit berwarna biru, ungu, jingga, kuning dan merah gelap, mengikut pertumbuhan kulit kayu.



Ia boleh tumbuh setinggi 60 meter di sekitaran asalnya.




Kayu Pontianak (Parishia Insignis)



Di mana: Laluan South View, Hutan Simpanan Bukit Timah, Hindhede Drive



Mengapa ia istimewa: Pohon ini adalah salah satu daripada pohon pertama yang akan di lawati oleh Encik Karl Png, 25 tahun, pengasas bersama kumpulan alam sekitar Singapura Youth Voices for Biodiversity semasa membawa rombongan berjalan-jalan.



Menurut Encik Png, pohon yang merupakan anggota pohon mangga ini mudah dicari kerana buah-buahannya bersayap dan berwarna merah.



Ini bemakna, apabila musim buah, bahagian atas pokok ini akan menjadi merah, yang membuatnya lebih menonjol dan mungkin digelar kayu pontianak.



Pohon ini berasal dari Singapura dan dianggap sebagai jenis berisiko menurut maklumat di laman web Lembaga Taman Negara (NParks).




Tiang laut (Maranthes comrymbosa)



Di mana: Bukit Fort Canning, dekat tempat letak kereta di belakan Muzium Peranakan, di Canning Rise.



Mengapa ia istimewa: Dr Shawn Lum, 59 tahun, presiden Persatuan Alam Semula Jadi (Singapura) dan yang giat dalam proses pemulihan berkata pokok ini tidak ditanam, tetapi peninggalan hutan zaman silam yang pernah tumbuh di Singapura pada satu masa dahulu.



Dr Lum, yang juga pensyarah kanan di Sekolah Alam Sekitaran Asia di Universiti Teknologi Nanyang (NTU) berkata daya tahan pokok ini, walau dikelilingi perubahan pesat menunjukkan peri penting usaha pemuliharaan.




Tembusu (Fagraea fragrans)



Di mana: Lawn E, Kebun Bunga, 1 Cluny Road



Mengapa ia istimewa: Ime pohon ini ikonik dan dicetak di nota $5 matawang Singapura.



Pohon tembusu malar segar dan menghasilkan bunga putih yang mengeluarkan bau harum pada waktu malam.



Pohon yang dianggarkan berusia 200 tahun ini mempunyai dahan rendah yang menjadi tempat duduk popular sehingga ia dipagar pda 2013.



Dahan ini kini mempunyai sistem sokongan yang memelihara pertumbuhannya, sementara pokok ini dikelilingi pagar untuk mencegah kerosakan hasil perbuatan manusia.




Sindora (Sindora x changiensis)



Di mana: Berhadapan Bungalo 1, Cranwell Road.



Mengapa ia istimewa: Dr Lum berkata pokok Sindora ini adalah antara jenis pokok yang berhubung kait dengan Pohon Changi yan kini telah pupus.



Pohon Changi dirakam sebagai pokok tertinggi di Singapura.



"Ada kisah tentang pohon Sindora di Changi yang begitu tinggi, sehingga ia ditebang oleh tentera Britain semasa Perang Dunia Kedua (WWII)j kerana mereka prihatin pohon itu akan menjadi mercu tanda sasaran bedilan oleh tentera Jepun.



Pohon ini dipercayai berusia lebih 220 tahun dan adalah peninggalan dari Hutan Simpanan Changi.




Kapok (Ceiba pentandra)



Di mana: Taman Kent Ridge, Vigilante Drive, dekat tempat letak kereta B.



Mengapa ia istimewa: Pokok eksotik ini berasal dari wilayah tropka Amerika dan ialah pokok kebangsaan Puerto Rico.



Ia juga dikenali sebagai pokok kapas, tetapi ia kelihatan berduri.



Duri tajam dan berbentuk kon boleh dilihat di batang pokok ini.



Pokok ini ditanam untuk menghasilkan buah-buahan yang mengeluarkan fibe putih apabila ranum. Fiver ini ialah kapas yang kalis air dan boleh digunakan untuk mengisi bantal, tilam dan jaket. 




Pohon hujan (Samanea saman)



Di mana: Taman permainan Sunset Way, 103 Sunset Way



Mengapa ia istimewa: Bak payung nan hijau, pohon hujan mempunya dahan rendang yang boleh tumbuh sehingga sepanjang 30 meter.



Usia pohon di Sunset Way ini boleh dianggarkan dengan melihat akar yang menjalar panjang di kakinya.



Menurut NPark, pohon hujan diperkenalkan di Singapura pada 1876 dan berasal dari wilayah tropika Amerika.



Menurut Encik Png, banyak pohon lebih kecil seperti paku-pakis dan anggerik boleh tumbuh denga bai di permukaan pohon hujan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >